Friday, January 30, 2009

Wajarkah Saranan Supaya Sayap UMNO Dibubarkan?

Saranan supaya sayap UMNO dibubarkan - Walaupun ini sekadar pandangan peribadi namun saya menasihatkan "Pak Engku"agar2 lebih berhati-hati dalam mewawarkan saranan ini kerana pandangan sebegini agak sensitif & boleh dianggap sebagai "Sentimental Value"



1. Sayap UMNO menjadi tunjang pelapis kepada perjuangan parti - Secara amnya "Pak Engku" lebih arif tentang struktur organisasi parti UMNO yg boleh kita labelkan sebagai "Well Structured Organizational Game Plan" dimana rata2 tokoh2 UMNO pada hari ini lahir menerusi sayap UMNO tidak kira Pemuda, Wanita mahupun Puteri UMNO. Dengan wujudnya sayap UMNO yg dibentuk & diatur dengan begitu jitu maka lahirlah pemimpin seperti Dato' Seri Najib yg pernah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia kemudian ketahap yg lebih tinggi sehinggalah ketahap sekarang. Begitu juga dengan perjalanan Datuk Seri Hishamuddin yg bermula dengan Timbalan Ketua Pemuda kemudian dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan kini melangkah ke suatu tahap lagi untuk bertanding sebagai salah seorang calon Naib Presiden UMNO. Teori ini boleh diperkuatkan lagi dengan mengambil contoh Dato Seri Azalina & Datuk Noraini yg mula bertapak menerusi sayap Puteri UMNO & kini dalam proses meneruskan legasi perjuangan mereka ketahap yg seterusnya. Kesemua teori diatas telah memperlihatkan betapa "Significant" nya peranan sayap2 UMNO dan apakah "Pak Engku" masih tidak melihat "Relevant" nya legasi sayap2 UMNO ini ataupun "Pak Engku" sengaja tidak mahu melihat ataupun sebenarnya "Pak Engku" ini memang buta & tidak boleh melihat.



2. Apa "Significant" Nya Politik wang & Pembubaran Sayap UMNO ini? Mungkin "Pak Engku" ini kena belajar balik tentang pepatah melayu "jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga" Apakah jaminan "Pak Engku" sekiranya sayap2 UMNO dibubarkan maka secara automatiknya politik wang akan terhapus? Tidakkah "Pak Engku" perasan permainan politik wang ini telah berlaku diperingkat cawangan seterusnya berleluasa diperingkat bahagian maka adalah lebih "Significant" untuk mewujudkan "Damage Control Driven Approach" bagi membenteras kegiatan politik wang ini diperingkat cawangan & bahagian dan bukannya membubarkan sayap2 UMNO ini.



3. Sayap2 UMNO sebagai pemangkin perjuangan parti - "Pak Engku" ini perumpamaan yg paling mudah, Tanpa generasi yg lama tak mungkin wujud generasi yg baru maka tanpa sayap2 UMNO melahirkan pemimpin pelapis bagaimana legasi UMNO dapat diperkembangkan nanti? Apabila sudah tiba masanya nanti tanpa kewujudan sayap2 UMNO bagaimana UMNO dapat mencari pengganti Dato' Seri Najib? Tanpa Sayap2 UMNO yg telah disusun atur dengan jitu teori apa yg 'Pak Engku" akan gunakan untuk mencari pengganti Tan Sri Muhiddin, Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Muhammad Taib, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Sharizat? etc.



4. Pembubaran sayap2 UMNO boleh mengundang sikap Gila Kuasa! - Pernah tak walaupun sekemut kuman "Pak Engku" terfikir tanpa sayap2 UMNO ini yg pada asasnya telah disematkan aspirasi perjuangan parti dalam acuan yg distruktur mantap boleh mengakibatkan senario dimana mudah berlaku cabar mencabar yg pada akhrirnya merumus kepada krisis Gila Kuasa & penyakit politik wang tidak mungkin berhenti disini kerana seseorang yg mempunyai kuasa wang yg tidak terhad walaupun tidak mempunyai asas perjuangan yg mantap kerana bukan bermula daripada sayap2 UMNO akan mencabar pemimpin yg lebih tinggi lagi sebagai contoh jikalau jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah tidak wujud lagi berkemungkinan calon generasi muda ini akan terus mencabar jawatan Timbalan Presiden UMNO walhal calon ini sepatutnya memantapkan lagi legasi politiknya dalam sayap2 UMNO terlebih dahulu. "The main point here" poitik wang tidak akan berhenti disini, diminta "Pak Engku" renung-renungkan!

5. Politik Wang masih berleluasa, mengapa tak bubarkan sahaja lembaga disiplin UMNO kerana gagal membendung kegiatan Politik Wang? Hairan bin ajaib, kegiatan politik wang terus berleluasa, apakah peranan & sejauh mana "Significant" nya lembaga ini dibawah kelolaan "Pak Engku"? Mungkin lebih ramai ahli2 UMNO boleh menyemak semula peranan lembaga ini & peranan "Pak Engku" sekali dan jika nak dikira daripada membubarkan sayap2 UMNO lebih elok rasanya kita bubarkan sahaja peranan lembaga disiplin ini & peranan "Pak Engku" sekali kerana masalah Politik Wang ini masih berlaku

6. Penting bagi UMNO mempunyai "Aura" tarikan terhadap golonga muda - Tidak dapat dipastikan sama ada "Pak Engku" sedar secara langsung mahupun tidak langsung sejak kebelakangan ini UMNO mendapat tamparan yg hebat apabila majoriti golongan muda menolak & "Tawar Hati" dengan perjuangan UMNO. Takkala parti pembangkang menyusun program & memperkasakan sayap2 parti mereka terutama sayap2 pemuda mereka seperti Angkatan Muda Keadilan, Dewan Pemuda Pas Pusat, Pemuda Nasional DAP etc. UMNO pula mahu membubarkan sayap parti seperti Pemuda UMNO, apakah UMNO mahu terus kehilangan undi golongan muda pada PRM yg akan datang? apakah "Pak Engku" rasa dia boleh turun padang & memberi "Aura tarikan kepada pengundi muda?

Pesanan Keramat buat "Pak Engku"
1. Walaupun kenyataan ini adalah pandangan peribadi ingin diingatkan agar pada masa akan datang beliau lebih berhati-hati kerana "Terlajak kata nanti buruk padahnya

2. Kalau semasa melontarkan kenyataan peribadi ini "Pak Engku" belum makan ubat eloklah makan ubat yg diperlukan itu cepat2 dikhuatiri nanti lebih banyak pandangan peribadi "Pak Engku" yg akan kena pangkah

3. "Pak Engku" pemimpin UMNO yg berjasa namun jangan disebabkan oleh pandangan peribadi sebegini golongan pemimpin pelapis akan hilang rasa hormat terhadap "Pak Engku" dan merasakan pandangan peribadi ini sebagai pandangan sesat.

No comments:

Post a Comment