Kejo yeop kejo, apa cerita & apa sudah jadi dengan PR negeri Perak ni? Gambaran secara keseluruhan lucu pun ada, lawak banggang pun ada, mempergunakan orang melayu pun ada & macam haram bejadah yg terlebih gila kuasa pun ada.
1. Game lompat parti akhirnya memerangkap tuannya balik - Apa nak dikata lagi walaupun selepas PRU ke 12 dengan berbekalkan sedikit kuasa hasil daripada kemenangan dibeberapa negeri pihak PR khususnya ketua mereka sibuk dok sana sini cerita pasal lompat parti yg mana kata mereka ahli2 BN secara beramai-ramai akan melompat ke PR. Sesungguhnya ini semua kuasa tuhan Allah swt tanpa disangka ahli2 dari kalangan PR pula yg lari meninggalkan parti & bernaung dibawah parti bebas sehingga berlakunya perubahan pucuk kemimpinan kerajaan negeri Perak.
2. Krisis Kepimpinan Dalaman DAP Perak - Umum mengetahuinya & ini bukan sekadar cakap kosong tetapi memang terdapat krisis kepimpinan dalaman DAP Perak apa lagi kalau bukan faktor "Ngeh & Nga" tapi persoalannya bila perubahan pucuk kepimpinan kerajaan negeri Perak berlaku BN tetap 100% dipersalahkan & isu tawaran ganjaran wang lompat parti bukan main hebat lagi diwarwarkan mengapa isu & faktor "Ngeh & Nga" tidak langsung diperkatakan malah ianya longlai dan dibisukan begitu sahaja.
3. Ahli PR keluar parti habuannya "RM50 juta" - Statements ni macam lucu pun ada tapi cuba kita halusi secara terperinci, pihak PR pernah mendakwa suatu ketika dulu bila Saudara Ezam Mat Noor masuk UMNO dapat RM20 juta, Saudara Hamdan Taha masuk UMNO dapat RM5 juta, Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar dapat RM20 juta jadi saya ingin bertanya dulu bila Anwar Ibrahim ni masuk UMNO berapa banyak pulak yg dia dapat?
4. Mengapa hanya orang melayu & rata2 penyokong PAS sahaja yg turun buat demonstrasi? Menarik juga bila kita lihat demonstrasi & rusuhan jalanan yg penyokong2 fanatik PR ni buat sehingga berani mengepong & menghalang kereta Raja Nazrin Shah tapi lagi menarik kalau kita perhatikan betul2 mengapa dan mana perginya penyokong2 DAP semasa demonstrasi & rusuhan jalanan tersebut? Mana perginya "Ngeh & Nga" ? serta hulubalang2 DAP yg lain? Renung-renung kan lah mengapa hanya rata2 orang melayu sahaja yg bertempur dibarisan hadapan?
5. Mufti Perak tokoh yg dikatakan antara tokoh yg dihormati oleh pucuk pimpinan atasan PAS - Sebagai seorang tokoh agama & Mufti yg berkarisma tinggi, berani dan lantang bersuara terutama apabila isu2 yg brkaitan dengan Agama Islam secara umumnya kita tahu pihak PAS amat menyokong kelantangan Datuk Mufti kita ini namum yg menghairankan saya walaupun ilmu agama saya ini tidak seberapa mengapa bila Datuk Mufti kita merestui & menyokong perubahan pucuk kepimpinan kerajaan negeri Perak pihak PAS tidak meneliti perkara ini akan tetapi tetap melawan arus. Saya juga terfikir adakah Datuk Mufti kita ini merestui & menyokong perubahan ini kerana hakikat sebenarnya semasa pemerintahan PR dinegeri Perak Agama Islam tidak dijunjung, diangkat keatas dan seterusnya dipelihara dengan sebaik-baiknya?
6. Mana letaknya pegangan Rukun Negara kita - Apa yg berlaku dinegeri Perak pada dasarnya memang amat menyedihkan kerana sebagai warganegara & raykat Malaysia tidak kira orang Melayu, Cina mahupun India Rukun Negara menjadi pegangan kita akan tetapi kalau sudah sampai Baginda Sultan pun mahu disaman & diheret ke mahkamah ini sesuatu yg bukan lagi biadap tetapi secara seriusnya cuba kita bayangkan kalau keseluruhan kerajaan persekutuan dibawah pemerintahan kerajaan PR mungkin mereka akan menghapuskan sama sekali institusi Raja2 Melayu
7. SPR tidak telus & Agen BN - Disini saya harap tidak keterlaluan kalau saya katakan saya agak muak dan menyampah sesampah-sampahnya dengan badigol haram bejadah yg sering & kerap memberi kenyataan ini. Apabila calon pihak PAS menang dengan bergayanya pada pilihan raya kecil KT rata2 pucuk pimpinan atasan PAS memuji sepuji-pujinya SPR, mengangkat martabat SPR setinggi- tingginya tapi dalam sekelip mata sahaja dengan apa yg berlaku diPerak SPR kembali dicaci, dimaki serta dilempar dengan berbagai tuduhan. Bila menang mereka suka tapi bila keadaan tidak menyebelahi mereka cacian & sumpah seranah mereka lemparkan, apakah mereka ini sebenarnya mengamalkan fahaman sesat!
8. Hala tuju PR - Rentetan daripada apa yg sedang berlaku dinegeri Perak harus dijadikan pedoman khususnya oleh orang2 melayu, adakah berbaloi membuat undi protes & memilih kerajaan PR? khususnya buat orang2 melayu diPerak adakah kerajaan PR ini semasa memerintah betul2 membela nasib orang2 melayu dan memelihara martabat Agama Islam? baru dengan ujian dinegeri Perak pihak PR khususnya Karpal Sing & Datuk Seri Anwar sudah tidak sepakat, apa pula musibahnya jika PR makin banyak kehilangan kerusi parlimen nanti?
No comments:
Post a Comment