Sememangnya demi penyatuan bangsa melayu dan memartabatkan agama islam usaha & jalan damai kearah penggabungan diantara PAS & UMNO sangat2 ditunggu dan dinantikan oleh seluruh umat islam dan orang2 melayu ditanahair namum realiti dan kenyataan penggabungan PAS & UMNO yang seterusnya akan membawa kepada platform kerajaan campuran dilihat agar sukar untuk direalisasikan.
Tindak-tanduk & kesilapan silam pemimpin2 UMNO terlalu dipolitikan oleh pemimpin2 ulama PAS – Sesungguhnya kita sedar & mengakui ada beberapa tindak-tanduk, gerak-geri dan percaturan yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin2 UMNO tidak tepat dan kadang-kala tersilap langkah namum sebagai manusia biasa dimuka bumi Allah swt para pemimpin2 UMNO tidak lari dari melakukan kesilapan silam namum sikap para pemimpin2 ulama PAS yang terlalu mempolitikan isu2 ini dan membalun UMNO secara sesuka hati mereka juga perlu diperincikan dan dinilai semula kerana apakah ulama2 sudah lupa sedangkan nabi pun sanggup mengampun umat2 nya?
Sikap pemimpin2 ulama PAS yang terlalu extreme & taksub dengan pegangan mereka – Tidak dapat kita nafikan kehebatan para2 ulama dalam PAS berdebat & membicarakan isu2 hudud, usuluddin, amal makruf nahi mungkar dan berbagai-bagai topik yang paksinya berasaskan agama islam. Walaubagaimanapun sikap sesetengah pemimpin PAS yang terlalu extreme & taksub yang secara sesuka hati mereka membalun pemimpin UMNO sebagai kafir kerana tidak extreme & menggunapakai Al-Quran & sunah2 nya akan tetapi bila mana rakan sekutu mereka yang bukan beragama islam secara selamba dan terbuka memetik dan menggunakan hadis Al-Quran mereka mempertahankannya dan sebaliknya menganggap ianya perkara yang baik. Ini juga perlu diperincikan dan dinilai semula.
Tomahan UMNO sebagai kafir dan sentimen UMNO tidak sudi memperkasakan Negara islam kerana bergabung dengan MCA, Gerakan, MIC & PPP parti yang bukan berasaskan agama islam – Tomahan ini sangat pedas, panas & kejam malahan ianya banyak melukakan hati para2 ulama dan tokoh2 agama dalam UMNO. Walaupun kerajaan BN yang mana UMNO sebagai tunjang kepimpinan menggabungkan parti2 komponen yang terdiri daripada parti yang berlainan bangsa dan agama namun UMNO terus memastikan yang agama islam wajib & terus dipelihara. PAS pula bila mana dah syok bermain dengan politik arus perdana dan dalam usaha memperkasakan dan mengukukuhkan kuasa politik mereka sanggup bersekongkol dengan durjana badigol baruah haram bejadah DAP dalam pakatan rakyat yang tok dalangnya tak lain tak bukan brother Anwar Bin Ibrahim (BABI). Dalam isu ini PAS kena ikhlas mengapa bila part UMNO ianya dilabelkan sebagai kafir tapi bila mana yang melibatkan PAS ianya tidak salah dan semuanya ok sahaja. Ini juga perlu diperincikan dan dinilai semula kerana jangan sampai dalam memperkasakan aspirasi & agenda politik yang haram itu dihalalkan!
Kepentingan & agenda peribadi politik mengetepikan penyatuan umat islam dan membunuh proses memartabatkan agama islam – Sayang, seribu kali sayang kerana beberapa badigol haram bejadah dalam PAS yang begitu extreme mementingkan agenda peribadi politik sehingga tanpa menoleh kekanan atau kekiri sanggup menutup ruang dan membunuh proses penggabungan PAS & UMNO. Ini dihangatkan dan diletupkan bila mana pendedahan secara ikhlas & terbuka oleh Nik Abduh yang menceritakan bagaimana pembantu2 Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz telah memberikan gambaran yang salah dan memesongkan perkara2 asas dalam proses penggabungan diantara PAS & UMNO. Lebih dasyat & keji lagi Nik Abduh turut mendedahkan bagaimana usaha2 bagi melagakan & meretakkan hubungan Tok Guru Nik Aziz & Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam mencacatkan proses penggabungan PAS & UMNO. Justeru itu sebagai salah seorang pejuang muda yang menginginkan bangsa melayu dan agama islam diangkat setinggi-tinggi martabatnya, hak & keistemewaan orang2 melayu diperkasakan & dipelihara saya dengan rasa rendah diri ingin meminta pihak PAS memperincikan & menilai semula segala bentuk fitnah & tomahan yang dilontarkan dan dilemparkan terhadap parti keramat UMNO, jangan terlalu sesuka hati membalun UMNO tanpa mengukur kelemahan dipihak sendiri dan jangan sampai elemen kafir & baruah itu singgah dan kena dibatang hidung sendiri.
No comments:
Post a Comment