Tahniah kita ucapkan kepada Datuk Seri Najib diatas pengumumannya berkaitan dengan jentera pentadbiran kabinet yang baru. Sesungguhnya terjawab sudah segala bentuk teka-teki, spekulasi dan bermacam-macam andaian liar yang dikaitkan dengan pembentukkan jentera pentadbiran kabinet baru ini.
Hala tuju kabinet baru ini - Kita mengharapkan agar jentera pentadbiran kabinet baru ini boleh & dapat dilabelkan sebagai people oriented driven approach machinery cabinet dan yang paling mustahak ianya mesti kabinet mesra rakyat, bekerja dan bertungkus-lumus hanya untuk rakyat last but not least jentera pentadbiran baru ini tanpa ragu2 mesti memastikan walau sekecil kuman pun proses penyampaian hala tujunya mesti sampai dan turun ke peringkat masyarakat umum tanpa mengira atau membezakan sentimen kaum.
Aspirasi jentera pentadbiran baru ini - Selain dilihat sebagai jentera pentadbiran yang mengutamakan aspirasi kepentingan semua kaum, kepentingan sejagat mahupun agenda integrasi nasional kabinet baru ini juga dilihat memposisikan aspirasi merapatkan kembali jurang digital (digital device gap) golongan muda dengan hala tuju & ikhtizam pelan induk pembangunan kerajaan BN (national young generation strategic development master plan) Kebijaksanaan Datuk Seri Najib dalam menyusun & memformulasikan aspirasi "Wanita Tulang Belakang Pembangunan Negara" dilihat begitu mampan kerana bukan sekadar kembalinya Datuk Seri Sharizat ke persada pentadbiran arus perdana negara ianya begitu comprehensive dengan disertai oleh beberapa pemimpin wanita daripada parti komponen dan adalah menjadi bonus pengiktirafan juga pada pemimpin muda wanita bila mana ketua puteri UMNO diberikan peluang mentranformasikan credibility wanita muda dalam agenda pembangunan negara.
Pemilihan tepat beberapa portfolio kanan - Rata2 ramai dikalangan masyarakat umum menyambut dengan penuh harapan & aspirasi yang setinggi langit beberapa pemilihan menteri yang menerajui portfolio kanan jentera pentadbiran Datuk Seri Najib. Ramai yang menyambut pemilihan Datuk Mustaffa Mohd sebagai menteri perdagangan Antarabangsa & Industri sebagai langkah yang amat tepat didalam menyusun dan mengemaskini polisi2 dalam mengharungi krisis kewangan global. Malahan percubaan berani dengan meletakkan Datuk Mukhriz sebagai timbalan menteri MITI juga dilihat sebagai suatu formula yang jika digarap dan disampaikan berlandaskan asas2 perjuangan kerana agama, bangsa dan negara boleh mencipta suatu hasil yang membanggakan negara diperingkat global. Pemilihan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai menteri diJPM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perpaduan & perlaksanaan prestasi dilihat sebagai langkah yang tepat pada paksinya kerana presiden parti gerakan ini terkenal kerana prinsipnya yang sangat2 mementingkan hasil prestasi dari satu2 proses perlaksanaan dan parti gerakan sebagai parti komponen yang dilihat banyak mengutarakan & mempertikaikan isu2 perpaduan diantara kaum kini dilihat harus membantu Datuk Seri Najib dalam mencari formula terbaik mengeratkan perpaduan diantara kaum. Pemilihan Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia & sukan juga dilihat amat kena pada portfolionya kerana beliau dilabel sebagai antara pemimpin dari sayap pemuda UMNO yang begitu vokal dan berfikiran global khususnya dalam aspek pembangunan belia.
Indek Penanda Aras Utama Prestasi (KPI) anggota jemaah menteri kabinet - Dengan rasa rendah diri saya begitu berbangga dengan pengumuman Datuk Seri Najib untuk melaksanakan sistem KPI dalam mengukur nilai prestasi anggota jemaah & saf kabinet jentera pentadbirannya. Ianya dilihat begitu ideal & practical dalam menghasilkan proses penyampaian kelas pertama, proses penambahbaikan kelas pertama last but not least mengetepikan anggota2 jemaah yang tidak up to the mark dan pada akhirnya hanya anggota jemaah yang terbaik which mean best of the best in the competitive industry practice mempunyai tempat dalam jentera pentadbiran kerajaan.
Apa rangkuman daripada pihak PR - Sebenarnya saya agak malas untuk mengutarakan isu ini kerana seperti biasa dikalangan pihak pembangkang memang ada sahaja point2 yang mereka lontarkan yang sasarannya adalah jentera pentadbiran pihak kerajaan kerana mindset pihak PR adalah untuk mengaburi & mengelirukan minda masyarakat umum tentang, ideologi, polisi dan proses pembahruan yang cuba dibawa oleh pihak kerajaan. Oleh kerana itu kita tidak perlu terkeliru dengan dakyah pihak PR yang kononnya cuba untuk setup kabinet bayangan, melontarkan tomahan liar yang pembentukan kabinet ini adalah 100% arahan mantan PM Tun Mahathir dan tidak kurang juga kedengaran yang Datuk Seri Najib hanya akan sempat menjadi PM selama 8 bulan. Sedarlah dan bangkitlah pihak PR cubalah bermain politik secara gentlement kerana secara umumnya bagi mereka yang tidak taksub dengan dakyah mereka memang kita amat mengetahui kalau bukan kerana permainan api politik yang berasaskan sentimen kaum sudah lama PKR berkubur, sudah lama PAS gagal dalam politik arus perdana atau main stream politic dan tentu sekali DAP terkapai-kapai mencari undi & sokongan dikawasan yang majoritinya golongan melayu.
No comments:
Post a Comment