Tun Mahathir menyinga lagi, kali ini secara terbuka dengan keras & lantang Mantan PM membalun Datuk Seri Nazri Aziz. Walaupun tidak semua tindak-tanduk dan decision & action plan yang beliau ambil kita persetujui namum dalam bab musibab bertindak sebagai seorang gentlement yang tidak main cakap belakang kita memang kena "with high degree of respect" tabik dekat otai kita ni.
Datuk Seri Nazri Aziz memang terkedu namum terpaksa cover line & pretend "its not a big deal" - Tiada siapa pun yang menyangka secara tiba2 mantan PM Tun Mahathir akan membalun Datuk Seri Nazri Aziz secara tebuka. Kalau kita backward dan timbal balik cerita pasal Datuk Seri Nazri Aziz ni rasa2 nya elok juga dia kena balun dengan Tun Mahathir secara terbuka ini kerana umumnya semua pemerhati & penganalisa politik tahu yang mamat Nazri Aziz ni adalah antara budak suruhan kuat Pak Sheikh Anwar namum dizaman era Pak Lah dalam mencapai aspirasi political survival nya beliau tanpa segan-silu dan menoleh kebelakang menjadi "Yes Man" kepada Pak Lah.
Asakkan Tun Mahathir terhadapnya Menyebabkan Datuk Seri Nazri Aziz buntu dalam mencari the golden turning point - Datuk Seri Nazri Aziz yang dilihat sedang berusaha keras dalam memposisikan dirinya untuk menambat hati Datuk Seri Najib dilihat agak gusar dan terganggu dengan asakkan Tun Mahathir ini kerana beliau memang mengetahui credibility, aura dan pengaruh mantan PM Tun Mahathir ini memang power dan bergetah.
Approach secara defensive atau counter attack yang harus digunapakai oleh Datuk Seri Nazri Aziz? Apa yang melanda mamat Nazri Aziz ni harus dan bagus dijadikan indicator oleh ahli2 politik yang lain, sebagai ahli politik kita jangan terlalu taksub dengan pemimpin tertentu, jangan pula mengamalkan "Yes Man" approach yang terlalu melebih-lebih sebaliknya cuba kita praktikkan pendekatan secara berpada-pada. Diketika ini approach secara defensive boleh mendatangkan risiko sekiranya Tun Mahathir akan menghentak dan terus membalun beliau kerana solid manapun beliau bertahan sekiranya terus dibalun akhirnya boleh terkucil juga. Andai kata Datuk Seri Nazri Aziz mahu bertindak berani dengan memilih counter attack approach ianya juga kalau silap strategi boleh mengundang risiko malapetaka kerana aura dan sinonimnya Tun Mahathir dengan akar umbi UMNO, penyatuan orang2 Melayu dan parti keramat UMNO. Apa2 pun kesudahannya ianya pasti merekodkan satu lagi episod menarik dalam kancah politik negara kerana sudah pasti Tun Mahathir tidak akan berdiam diri bila mamat Nazri Aziz ni menerusi kenyataan akhbar ada menyatakan yang beliau tidak berminat untuk melayan kenyataan seorang tua seperti Tun Mahathir yang dilabelkannya sudah tidak relevant lagi. (Ini kenyataan yang berani tak bertempat beb!)
No comments:
Post a Comment