Monday, April 20, 2009

Perlantikan Datuk Michael Chong Sebagai Penasihat & Pegawai Khas - Wacana Politik Apa Yang Cuba Dibentuk Oleh Datuk Seri Hishamuddin?

Naib presiden UMNO yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin telah mengumumkan perlantikan Datuk Michael Chong yang merupakan pengerusi biro aduan parti MCA sebagai penasihat & pegawai khasnya.
Langkah & pengumuman ini tentunya memberikan berbagai reaksi baik dikalangan pucuk pimpinan atasan UMNO, sayap pemuda, barisan akar umbi mahupun parti2 komponen BN.Ia bagai seribu satu teka-teki yang penuh muslihat untuk dirungkai.
Hishamuddin menyifatkan perlantikan ini berlandaskan pengalaman & aura Datuk Michael Chong dengan masyarakat umum - Sejauh mana kebenarannya hanya Datuk Seri Hishamudin & Datuk Michael Chong yang boleh menjawabnya. Namum kalau hendak diukur dari sudut pengalaman & aura dengan akar umbi dan masyarakat umum apa kurangnya calon2 orang melayu baik didalam parti mahupun diluar parti. Hanya orang melayu yang buta sahaja, ataupun melihat menggunakan kepala lutut sahaja tidak sedar akan kewujudan kumpulan bijak & cerdik pandai ini. Persoalan cepu emasnya disini mengapa peluang tidak diberikan terlebih dahulu kepada golongan atau kumpulan orang2 muda bijak & cerdik pandai melayu ini , intelligent & powerful malay think tank group, sebagai seorang pejuang muda UMNO saya begitu yakin & 100% percaya jika sekiranya ada tawaran atau perbincangan dibuat ramai pejuang2 muda UMNO yang begitu sayangkan parti keramat ini mahu dan sanggup menabur bakti & budi dalam memperkasakan kembali parti keramat UMNO ini terutama dalam aspek kembali ke asas perjuangan yang tidak lain & tidak bukan kerana agama, bangsa & negara. Persoalan cepu emas ini hanya Datuk Seri Hishamuddin yang mampu menjawabnya!
Apakah perlantikan ini digarap supaya dapat memperkukuhkan penyatuan & perpaduan diantara kaum? Sudah tentu kita semua menyambut baik jika perlantikan ini digarap & berlandaskan kearah memperkukuhkan penyatuan & perpaduan diantara kaum namum persoalan yang perlu Datuk Seri Hishamuddin perincikan ialah apakah langkah ini boleh berhasil dengan cemerlang, gemilang dan terbilang jika sekiranya dalam skop yang lebih meluas keseluruhan parti komponen MCA, Gerakan, MIC & PPP tidak begitu proaktif dalam menggerakkan agenda penyatuan & perpaduan diantara kaum? Persoalan kedua pula Datuk Hishamuddin perlu memperincikan tentang objektif & keberkesanan mandat yang telah diberikan terhadap Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri di JPM yang bertanggungjawab sepenuhnya & mempunyai KPI terhadap agenda penyatuan & perpaduan diantara kaum. Wapaupun secara umumnya adalah tidak salah perlantikan yang Datuk Seri Hishamudin lakukan malah itu adalah hak mutlak beliau namum kerisauwan kita adalah apabila isu ini akan dipolitikan oleh pihak pembangkang, lantas ianya akan memberikan bebanan tambahan kepada PM, TPM dan seluruh pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Diperingkat akar umbi pula kita risau jika isu perlantikan ini tidak difahami dengan jelas, agendanya tidak disampaikan dengan saluran yang tepat, wrong communication channel ianya boleh melemahkan dan tidak mustahil boleh melumpuhkan usaha2 dan agenda2 transformasi dalam parti keramat UMNO.
Kesilapan isu keris jangan diulang - Saya tidak begitu pasti samaada Datuk Hishamuddin kita ni sedar ataupun tidak sedar ramai pihak khususnya pejuang2 muda dalam parti keramat UMNO yang panas hati, makan hati dan geram & amarah yang teramat sangat dengan isu mencium keris yang dilakukan oleh Datuk Hishamuddin satu ketika dulu namun apabila ianya dipolitikan oleh parti komponen BN sendiri malah apabila Datuk Hishamudin dihentak dan diserang bertubi-tubi kerana isu ini beliau mengambil langkah dengan meminta maaf kepada pihak2 yang dirasakannya terbabit. Perkara ini sebenarnya telah menyebabkan ramai golongan pejuang2 muda dalam UMNO kesal dan sukar untuk menerimanya. Lantaran itu setiap satu langkah dan agenda yang cuba digarap Datuk Seri Hishamudin perlu memperincikannya dari segenap sudut sebelum ianya boleh di enforce or take off.
Sebagai pewaris & generasi yang akan mencorakkan UMNO dimasa hadapan, perlunya Datuk Seri Hishamuddin memperkasakan wacana wajah perjuangannya dalam menjadikan UMNO sebuah parti keramat yang mampam & mantap - Dengan rasa rendah diri saya ingin menasihati Datuk Seri Hishamudin bahawa jangan terlalu leka & bangga dengan kemenangan beliau dalam jawatan naib presiden UMNO baru2 ini kerana setiap tindak-tanduk mu, seinci pengerakkan mu malahan sekecil kuman keputusan yang diambil ianya akan dinilai oleh saf2 akar umbi ahli2 UMNO, sebagai mantan ketua pemuda UMNO whether in any split second wrong decision making scenario ianya akan dikupas oleh pejuang2 sayap pemuda UMNO dan yang paling beliau kena ingat impak dari sebarang kesilapan beliau boleh memberikan satu bebanan tambahan, unwanted & insignificant political mistakes kepada Datuk Seri Najib yang secara indirectly dan tempiasnya boleh mencacatkan sedikit credibility kepimpinan Datuk Seri Najib.

1 comment:

  1. MUDAHAN ISLAM DIMARTABATKAN BUKAN BARAT SANA SINI SEPERTI SEKARANG INI

    ReplyDelete