Akhirnya perhimpunan agung UMNO telah selamat melabuhkan tirainya. Kepada kesemua ahli2 UMNO marilah bersama2 memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana memberkati majlis perhimpunan agung UMNO dari mula sehingga selesai.
Kemenangan Upset KJ - Satu malaya sampai kehari ini masih membicarakan tentang kemenangan upset ini, ianya pelik tapi itulah realitinya, sesetengah pihak melabelkannya sebagai hairan bin ajaib.
Mengapa kemenangan KJ sukar diterima? Dari peringkat pencalonan untuk kuata lagi harapan akar umbi pemuda UMNO dan masyarakat tidak diletakkan terhadap si KJ ni apatah lagi bila lembaga disiplin UMNO mendapati saudara KJ bersalah dibawah etika 10.1 unsur2 politik wang walaupun beliau hanya diberikan amaran namum ini sudah cukup untuk membolehkan beliau ditolak oleh grass roots pemuda UMNO. Memang tidak masuk akal langsung seoarang pemimpin yang didapati ada kaitan dengan unsur2 politik wang boleh menang & dipilh menerajui sayap pemuda UMNO.
Apa rasionalnya pengiraan semula undi jawatan ketua pemuda UMNO? Sukar untuk kita membayangkan mengapa jumlah undi daripada perwakilan pemuda UMNO sebanyak lebih kurang 700 undi bagi jawatan ketua pemuda UMNO perlu dikira semula kerana kita bukan membicarakan tentang jumlah kertas undi pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum yang rasionalnya melibatkan beberapa ribu ataupun berpuluh ribu jumlah undi! Kalau kita perincikan lagi skop tentang jumlah margin undi kita juga layak mempersoalkan mengapa kemenangan ketua puteri UMNO yang hanya mempunyai margin 6 jumlah undi tidak perlu pun diadakan proses pengiraan semula undi?
Apakah hala tuju & aspirasi pemuda UMNO dibawah pimpinan saudara KJ? Sememangnya secara umum ramai pihak yang sayangkan sayap pemuda UMNO kerana saf barisan pemuda UMNO adalah tunjang pelapis terhadap perjuangan UMNO & generasi yang akan memimpin & mencorakkan intipati perjuangan UMNO dimasa hadapan. Sayap pemuda juga dilihat very significant dalam memperjuangkan & mempertahankan hak2 orang2 melayu.
Apakah KJ mampu menjadikan sayap pemuda sebagai hardcore fighter atau sayap pemuda akan berpuak2 dan berpecah-belah? Dikalangan ramai tokoh2 pemerhati & tokoh2 veteran UMNO amat gusar jika sayap pemuda ini akan mengamalkan politik berpuak2 yang pada akhirnya boleh menyebabkan sayap pemuda UMNO berpecah belah. Teori ini dapat diperkuatkan lagi apabila sejurus selepas keluar dari dewan pengundian selepas memberi ucapan diatas kemenangannya saudara KJ telah diserang & diherdik oleh beberapa penyokong dikalangan pemuda UMNO yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kemenangan beliau. Mujur beberapa anggota polis yang ditempatkan diluar dewan tersebut berjaya mengawal keadaan. Teori ini kemudiannya dapat diperkukuhkan lagi apabila setiap kali nama KJ disebut dan setiap kali beliau naik untuk memberikan ucapan maka kedengaran suara2 sumbang yang mengherdik beliau seperti melepaskan rasa ketidakpuasan hati yang amat jelas. Jika kita analyze pekara2 ini secara kesimpulannya apa yang boleh kita rangkumkan adalah KJ mempunyai satu tugas yang amat berat dalam menyatukan sayap pemuda UMNO seterusnya merangkakan hala tuju positif sayap pemuda UMNO. Besar harapan kita jika sekiranya saudara KJ ini telah benar2 mahu berubah & menjalani proses muhasabah diri dalam erti kata yang sejujurnya dan mahu memperkasakan kembali sayap pemuda UMNO dan grass roots pemuda dapat menerima & menghayatinya insyallah sayap pemuda UMNO akan kembali menjadi sayap yang akan digeruni & dipandang tingg i oleh kawan atau lawan lantas pemuda UMNO akan menjadi hulubalang UMNO yang pantas melibas & melipat isu2 yang ditujukan terhadap UMNO mahupun BN. Dengan rasa rendah hati nasihat saya terhadap saudara Khairy amat mudah jka saudara kembali kepada asas2 perjuangan parti dan asas2 perjuangan & natijah pergerakan pemuda UMNO bukan hanya diri saya tapi nescaya satu malaya agar berdiri teguh dibelakang saudara dalam memperkasakan generasi pemuda dan mempertahankan hak2 kedaulatan orang2 melayu. (Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu)
Dapatkah Masyarakat Umum menerima kepimpinan KJ? Up to date ini boleh dikatakan satu soalan yang bebudak tadika & taska pun tahu apa jawapannya. Rata2 masih ramai yang tidak mempercayai dan tidak dapat menerima kemenangan saudara KJ mungkin berdasarkan faktor2 dan elemen2 yang kita perincikan diatas. Walau apa jua tanggapan dan persepsi masyarakat umum terhadapnya saudara KJ tidak dapat menukarnya kerana ianya adalah hak mutlak individu2 terbabit. However the most important basic fundamental yang saudara KJ perlu lakukan dan usahakan adalah tanpa berlengah lagi beliau kena turun padang dan perlu membuktikan pada pandangan masyarakat umum beliau telah bermuhasabah dan insaf dengan sejujurnya dan aspirasi yang beliau bawa adalah berdasarkan asas2 perjuangan parti seperti yang dituntut oleh agama, bangsa & negara insyallah beliau akan boleh diterima dikalangan masyarakat umum. Dalam melontarkan mesej penyampaian ini saudara KJ perlu gear up more effort dan aset & kredibiliti beliau yang hebat bercakap dipentas perlu diperhebatkan lagi dan mungkin saudara KJ perlu melihat approach seperti "Usaha Bukan Kata"
No comments:
Post a Comment