Tahniah diucapkan kepada YAB Dato Seri Najib kerana telah berjaya membuat suatu pembentangan yang boleh dianggap bukan pembentangan mini bajet akan tetapi boleh dilabelkan sebagai comprehensive budget.
Namun langkah seterusnya yang perlu Dato Seri Najib beri penekanan ialah proses perlaksanaan, implementasi dan pemantauwan secara berstrategik terhadap pakej rangsangan kedua ini kerana past experience telah memperlihatkan kegagalan yang amat ketara program2 sebegini khususnya dizaman era pemerintahan Pak Lah yang pada akhirnya membuatkan BN khususnya parti UMNO dilabelkan sebagai kaki temberang, janji kosong, cakap tak serupa bikin, kuat menabur gula2 pilihanraya dan sebagainya yang pada akhirnya memberi impak yang hampir membuat BN & UMNO tempang, koyak dan dipinggirkan khususnya oleh golongan muda.
Secara umumnya idea, circulation dan allocation daripada pakej rangsangan kedua ini amat baik namum perlaksanaan dan proses penyampaiannya harus dipantau, diperinci dan diteliti.
Mempermudahkan & Mempercepatkan proses pinjaman sektor SME - Ini boleh kita klasifikasikan sebagai vital & brilliant approach namun ini bukan perkara baru kerana dizaman era Pak Lah perkara ini telah ditekankan namun mengapa ramai dikalangan sektor SME & SMI masih menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman yang pada akhirnya boleh menyebabkan mereka gulung tikar? Ini kerana masalah biokrasi & tiada proses strategic monitoring daripada pihak atasan yang menyebabkan proses penyampaiannya telah disalahgunakan oleh pegawai2 peringkat pertengahan & bawahan. Yang menerima bahangnya adalah public yang juga merupakan para2 pengundi yang pada akhirnya melakukan protes terhadap kerajaan.
Mengapa kita gagal spearhead the economy menerusi tender & projek yang bajetnya telah diluluskan? Ramai dikalangan business community yang memang menganggap ini adalah isu basi kerana sudah bertahun lamanya tender & projek yang nilai bajetnya agak baik namum gagal mencapai matlamat pengagihannya kerana faktor yang sama tidak dipantau secara berstrategik dan circulation of the project goes within the same bloody group sebab itu saya menekankan agar Dato Seri Najib memberi lebih penekanan terhadap proses perlaksanaan, pemantauan dan proses penyampaian pakej rangsangan kedua ini jika beliau tidak mahu mengulangi kesilapan Pak Lah yang impak besarnya boleh menyebabkan beliau ditolak oleh rakyat & para pengundi.
Mengapa Dizaman Pak Lah sektor swasta suram, murung dan tidak efektif? Bukan saya membenci era pemerintahan Pak Lah namum saya sendiri adalah salah seorang mangsa business community from private sector yang sakit dan terhimpit dizaman era Pak lah. Sektor swasta memang gagal berkembang dengan sihat diera Pak lah kecuali mereka yang mempunyai support from private vehicle politican. Oleh kerana kurang pemantauwan projek2 yang bernilai kurang daripada RM 5 juta pun sukar untuk kita bida namum mereka2 yang dibantu oleh private vehicle tadi projek2 yang bernilai RM 65 juta, RM 287 juta malahan RM 800 juta pun boleh dapat dalam sekelip mata sahaja walaupun dari segi kelayakkan baik dari faktor teknikal mahupun financial tiada perbezaan malah sesetengah daripada mereka yang dibantu private vehicle tadi hanya menjalankan konsep Ali Baba dan menjual projek2 yang mereka dapat, zaman pemerintahan Pak Lah tetap menyimpan mereka ini.
Anggota PR sebenarnya tidak peduli pun pasal rakyat - Bagaimana ahli2 YB daripada PR ini mahu membela nasib rakyat jelata dikalau budget, allocation yang dibentangkan tidak diendahkan malahan ramai dikalangan mereka tidak berminat untuk mendengar pembentangan mini bajet tersebut. Inilah penyakit kronik ahli2 PR yang hanya taksub bermain politik namum lebih rela nasib rakyat tidak dibela kerana the true hardcore politican sanggup kadang kala mengetepikan fahaman politik & meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama. Adalah besar harapan kita jika ahli2 dikalangan PR dapat bersama-sama menyumbang dalam menjayakan mini bajet ini namum ternyata mereka semua ni hampeh belaka.
No comments:
Post a Comment