Sunday, March 8, 2009

Pengajaran Sains & Matematik Dalam BI, Jangan Kita Terlampau Taksub Mempolitikannya!

Hebat sungguh gelombang arus politik perdana yang sedang melanda negara pada masa kini, lepas satu datang satu isu baru yang nampaknya makin taksub dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Insiden terbaru yang berkaitan dengan pengajaran Sains & Matematik dalam BI yang mana kemuncaknya membawa kepada bantahan & demonstrasi jalanan cukup panas & kecoh.

Persoalan utama yang harus kita perincikan ialah mengapa perkara ini menjadi isu panas? apakah benar kaedah yang cuba diguna pakai ini memang prestasinya haram bejadah? mengapa tindakan susulan atau jalan penyelesaian yang merumus kearah penambahbaikan tidak diketengahkan sebaliknya bantahan secara extremis lebih diguna pakai? mengapa pihak kerajaan terutamanya kementerian pendidikan & menterinya Datuk Seri Hishammudin gagal mengawal isu ini dari dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Mengapa isu ini secara tiba2 menjadi panas? Kalau kita singkap & backward seketika dimana 10 ke 15 tahun yang lalu banyak program & kaedah seumpama ini telah diperkenalkan & cuba diguna pakai sebagai contoh ada beberapa sekolah yang telah memperkenalkan & mengguna pakai program English Day dimana satu hari dalam seminggu telah dinobatkan sebagai hari dimana penggunaan BI secara Full Blast kecuali dalam subjek BM & Pendidikan Agama Islam, mengapa perkara sebegini tidak menjadi isu panas pada ketika itu? jawapannya bak seperti kata Raja Lawak Nabil "Lu Fikir La Sendiri"

Apakah benar ada bukti kukuh penunjuk prestasi (KPI) yang kaedah ini memang gagal menepati matlamatnya? Secara umumnya kebanyakkan sekolah dikawasan bandar, PIBG sekolah dikawasan bandar menyokong agar program ini diteruskan & ini boleh kita rumuskan keberkesanan kaedah ini kurang membantu sekolah & para pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar. Kalau ini punca utamanya pada padangan saya daripada kita bermati-matian & terlalu taksub untuk memansuhkan kaedah ini adalah lebih praktikal kalau kita berganding bahu sama2 menyingsing lengan membantu pihak sekolah dari kawasan luar bandar agar dapat menerapkan kaedah ini seterusnya mendapat manafaat dan menghasilkan keputusan yang lebih baik dengan mencuba mengguna pakai kaedah ini.

Masalah utama raykat Malaysia ialah suka menuding jari (Pin Point Rather Than Finding A Solid Solution) - Amat sedih bila kita terlalu taksub & mudah dipolitikkan akan tetapi para pelajar anak bangsa yang merupakan generasi tunjang pelapis masa hadapan dibiarkan tersepit dengan isu yang seolah-olah tiada jalan penambahbaikan. The best possible way forward ialah kita seharusnya lebih2 lagi pihak2 yang terlibat duduk berbincang secara terbuka & telus (corporate roundtable meeting) kenal pasti punca & masalah utama kaedah ini, secara terbuka & telus lontarkan jalan penyelesaian & dan akhirnya kutip jalan2 penyelesaian yang terbaik dan rangkakan formula secara berstrategik program penambahbaikan kaedah ini

Apakah reaksi Datuk Menteri Pendidikan sepanjang isu panas ini bergelora? Pandangan peribadi saya secara terbuka & telus yang ditujukan secara berstrategik kepada Datuk Menteri Pendidikan, beliau seharusnya awal2 lagi telah membuat kajian & persediaan sebelum kaedaan sebegini datang melanda. Jikalau beliau bersedia lebih awal saya yakin & pasti beliau ataupun pasukan beliau dengan pantas boleh menepis & melibas isu yang datang dengan program penambahbaikan kaedah pengajaran Sains & Matematik dalam BI dan yang lebih penting lagi secara automatiknya beliau telah berjaya melipat isu ini dari dipolitikan oleh pihak2 yang tidak bermoral. Datuk Seri Hishammudin dilihat sebagai pemimpin masa hadapan akan tetapi soalan cepu emasnya ialah adakah beliau sekiranya berjaya dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO, beliau sudah cukup bersedia sebagai pemimpin masa hadapan UMNO? dan yang lebih dinamik lagi adakah beliau sudah cukup kuat & mantap sebagai pejuang & pembela orang melayu pada masa hadapan? hanya beliau tuan yang empunya badan boleh menjawabnya dengan jujur & telus

No comments:

Post a Comment