Friday, March 13, 2009

Pendedahan Terbuka Ketua AMK Kepala Batas - Isu Salah Guna Kuasa & Korupsi dalam PR Pulau Pinang, Pasti Anwar Ibrahim Pening Kepala!

Selepas pendedahan secara terbuka oleh ketua AMK Kepala Batas yang mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan pemimpin kanan PR Pulau Pinang dengan gejala salah laku penyelewengan kuasa & korupsi kita mungkin akan bertanya balik dengan diri kita sendiri apakah tembelang & perangai buruk pemimpin dalam parti PR ini sudah mula bocor dan apakah undi2 protes yang dilakukan sehingga kerajaan BN hampir koyak & tempang sebelah kaki sebenarnya berbaloi?

Kalau dulu Anwar Ibrahim & hampir seluruh pucuk pimpinan PR begitu mudah menuduh ahli2 BN terutamanya daripada UMNO kaki rasuah, raja korupsi dan sebagainya kini pasti mereka betul2 pening kepala sebab budak2 mereka tak pandai nak jaga line lepas satu datang satu lagi kes2 panas melibatkan anggota mereka

Sebenarnya anggota PR ni kena ingat menuduh orang masa kita tidak memegang pucuk pimpinan memang senang macam meludah, rasa nak ludah kita terus je ludah tapi lumrah dunia baru sekarang mereka tahu penangan politik arus perdana pemimpin2 mereka dah jadi kabur mata apa tidaknya taukeh2 besar, VIP & tokoh2 korporat mula melobi mereka yang akhirnya membuat mereka tunduk dengan habuan yang ditawarkan.

Memang menarik kalau kita perhatikan betul2, dalam kebanyakan pendedahan & pertuduhan yang dibuat ianya dibuka, digembar-gemburkan & dan diasak oleh orang2 dalaman mereka sendiri dan bukannya serangan peribadi daripada pihak BN atau UMNO. Tapi Pak Sheikh memang cekap main permainan minda bila jadi isu sahaja dia akan balun BN & UMNO walaupun pendedahan dilakukan oleh orang2 dalaman mereka sendiri dengan pantas Pak Sheikh akan cakap ini orang UMNO dah sogok duit dah tapi bila isu2 sebegini terus berlarutan Pak Sheikh mula pening kepala sebab raykat dah mula detect kebocoran dalam parti PR belum sempat cover isu nyonya Elizebeth kes korupsi dekat Penang datang mai pulak

Secara umumnya kalau dekat Pulau Pinang ada isu salah guna kuasa & korupsi comfirm dah tentu dekat tempat lain pun ada kes2 yang seangkatan dengannya terutama negeri macam selanggor bak kata orang lubuk investment dah kita percaya dekat selanggor ni cuma tunggu masa nak bocor je, lagi la buat Pak Sheikh tak boleh tidur malam.

Paling kita kesian dalam perkara sebegini ialah parti PAS, ternyata mereka tersepit & mula sedar dunia permainan politik arus perdana bukan perkara yang mudah untuk ditangani sebagaimana memberi syarahan dimasjid atau disurau2. Parti PAS sedar dalam dunia politik arus perdana jika mereka bergerak bersendirian cengkaman kuasa mereka tidak kemana justeru itu mereka tiada pilihan selain bersekongkol dengan PKR & DAP. Namun harga yang tinggi harus dibayar oleh PAS apabila bersekongkol dalam pakatan rakyat ini kerana rata2 ahli2 ulama PAS tahu yang mana betul dan yang mana tidak, sebab itu dalam pendedahan Ketua AMK Kepala Batas dalam isu korupsi PAS tidak berani menyatakan apa2 kenyataan walaupun Saudara Ketua AMK Kepala Batas secara firm mengatakan beliau mempunyai bukti kukuh tentang salah laku & korupsi pemimpin kanan PKR Pulau Pinang

Episod seterusnya kita sangat2 ingin melihat apakah strategi dan bagaimanakah Anwar Ibrahim akan menepis & melipat isu korupsi dalam parti PR apabila akan datang lebih ramai anggota pakatan rakyat terutamanya dari parti PKR yang kantoi dengan isu salah guna kuasa & korupsi, bolehkan saudara Pak Sheikh ni meneruskan agenda membentuk kerajaan baru jika sekiranya budak2 dan anggota parti beliau tak pandai2 nak jaga line & asyik kantoi je!

1 comment:

  1. Glocal,
    memang terbukti PR di pulau pinang korup,penuh rasuah & skandal

    http://pi5au.blogspot.com/2009/03/amal-munkar-nahi-maaruf-skandal-rasuah.html

    ReplyDelete