Monday, March 16, 2009

Wajarkah Isu PPSMI Terus Diperdebatkan? Bilakah Pemimpin Melayu Mahu Membela Nasib Pelajar Seperti Nik Madihah (20A) ?

Rata2 topik perbualan ditanahair adalah mengenai pasca analisis keputusan SPM yang baru diumumkan.


Gembira, terharu, bangga, sedih dan bemacam-macam luahan yang kedengaran akan tetapi yang paling menarik untuk diperkatakan adalah kisah kejayaan adik Nik Madihah.


Sedang banyak pihak yang masih sibuk berdebat & ingin menjadi champion isu PPSMI kisah keupayaan & kejayaan adik kita ni haris kita perincikan lagi.


Kejayaan adik Nik Madihah bukan sahaja membanggakan malah agar sukar untuk dipercayai beliau mampu mencatat keputusan yang amat2 cemerlang walaupun berlatarbelakangkan kehidupan yang amat daif namum itulah kebesaran & keagungan kuasa Allah swt.


Hanya orang yang kurang waras sahaja tak berbangga dengan adik kita ni kerana cuba kita bayangkan bagaimana adik Madihah dapat menumpukan aktiviti pelajaran dalam keadaan rumah atau lebih tepat lagi pondok buruk yang hampir roboh, bukan mudah untuk menumpukan aktiviti pelajaran jika kita terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar & kosong seperti kata ibunya kerana kedaifan & kemiskinan adik Madihah terpaksa berpuasa kesekolah kerana faktor kesempitan wang malah yang paling kita kagumi & segani bagaimana adik Madihah membuat ulangkaji & rujukan pelajaran sedangkan kedaifan & kemiskinan menghalang beliau untuk membeli buku rukujan tambahan untuk kesemua 20 matapelajaran yang didudukinya?


Kalau sekiranya ada sekalipun mana2 pelajar dari lembah klang yang mempunyai kemudahan asas yang baik, ditambah dengan bantuan kelas tuisyen, rujukan internet dan sebagainya dapat menghasilkan keputusan 40A sekalipun ia tidaklah sehebat kisah adik Madihah ni kerana dalam keadaan adik kita ni hanya individu yang betul2 kuat dari segi rohani & jasmaninya sahaja yang mampu mengharunginya, terus terang saya katakan kalau diri saya ditempat adik Madihah ni belum tentu saya dapat mengharunginya dengan sebegini cemerlang.

Dimana Pembelaan daripada Datuk Seri Hishamuddin & Kementerian Pendidkan? Kalau nak ikutkan rasa marah & tindakan luar kawal mahu rasanya kita pergi gegar pejabat Datuk Menteri kerana tak dapat nak terima mengapa pihak kementerian tak dapat nak detect & provide a comprehensive support to adik Madihah ni dari awal lagi sedangkan kementerian Pendidikan sepatutnya sudah mempunyai rekod mengenai adik kita diperingkat PMR lagi, malah takkan pihak sekolah & pihak Kementerian Pendidikan tidak mempunyai connectivity & database dimana sejarah & maklumat pelajar secara terperinci. Sepatutnya crown jewel dan permata berharga seperti adik Madihah ni sudah lama dapat di detect & dibantu oleh pihak Kementerian Pendidikan barulah kita dapat menghasilkan lebih banyak golongan pelapis Melayu yang cemerlang, gemilang & terbilang.

Kepentingan anak bangsa perlu diutamakan & ketepikan fahaman politik seketika! Sejenak kita mungkin tertanya-tanya adakah mungkin sebab adik Madihah ni berasal daripada negeri Kelantan yang diperintah oleh pihak pembangkang beliau tidak diberikan bantuan yang sepatutnya atau hanya dipandang sebelah mana sahaja? Kalau teori ini betul bagi saya tiada hukuman yang lebih baik selain kita rejam sampai mati golongan2 yang sanggup mementingkan fahaman politik dari membela nasib anak bangsa melayu.

Mengapa tiada collaboration dalam membela nasib anak bangsa seperti adik Madihah? Memang tidak munasabah & tak masuk akal dengan berbekalkan platform ICT yang canggih, sistem komunikasi kelas permata dan jaringan2 diantara agensi2 kerajaan negeri & kerajaan pusat mengapa pihak Kementerian Pendidikan tidak collaborate dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Kemajuan Negeri, Yayasan Negeri dan sebagainya dalam membela & menghulurkan bantuan kelas pertama terhadap adik Madihah & keluarganya agar negara kita dapat menghasilkan generasi pelapis bijak pandai seperti adik Madihah ini.

Mana perginya hardcore figher dikalangan golongan pemimpin politik Melayu dalam membela aspirasi anak bangsa? Bila cerita tentang kejayaan adik Madihah yang terpaksa dilalui dalam keadaan daif & miskin tegar terpampang saya rasa begitu muak melihat muka2 ahli2 politik melayu yang rata2 berlagak seperti hardcore champion dalam membela nasib anak bangsa melayu tapi sebenarnya hancur & bungkus. Mengapa orang2 seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Saifudin Nassution, Mat Sabu, Khairy Jamaludin, Rezal Merican, Zahid Hamidi, Khaled Nordin, Idris Haron, Noraini Ahmad, Sharizat Jalil dan ramai lagi tidak berjaya detect & provide support agar nasib anak bangsa seperti adik Madihah terbela?

Dimana nilai2 komuniti Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) & Agensi yang berasaskan Kerajaan dalam membela nasib anak bangsa? Panas & benggang bila kita fikirkan mengapa dan mana tanggungjawab sosial korporat syarikat berkaitan kerajaan & agensi kerajaan dalam menghulurkan bantuan & membela nasib anak bangsa? Secara umumnya kalau setakat nak campak RM 10 ke RM 15 ribu untuk membela nasib anak bangsa takkan kering pun tabung kewangan syarikat2 GLC ni namum amat menyedihkan jangan nak kata RM 10 ke RM 15 ribu RM 1 pun kita tak dengar dihulurkan oleh pihak2 GLC ni. Selain bantuan kewangan sepatutnya bantuan2 asas dan keperluan seperti buku2 rujukan, komputer & laptop sudah lama dihulurkan terhadap adik Madihah ni namum habuk pun pihak GLC tak sumbangkan. Memang dah jadi lumrah dekat Malaysia ni bila berita luar biasa seperti kejayaan adik kita ni dah terpampang dekat muka2 utama akhbar harian barulah ramai pihak yang sibuk nak hulurkan bantuan untuk meraih publisiti murahan akan tetapi perkara paling penting untuk kita semua orang2 melayu ingat-mengingati sudah sampai masanya bantuan perlu dihulurkan kepada anak2 melayu yang senasib dengan adik Madihah & jangan kita tunggu sehingga cerita2 menyayat hati seperti kisah adik Madihah terpampang didada-dada akhbar, kalau cerita dah keluar baru kita sibuk2 nak pergi hulur bantuan maka golongan sebegini boleh kita anggap & kategorikan sebagai golongan yang sehina-hina bangsat.

No comments:

Post a Comment