Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah swt semuanya telah selesai untuk parti keramat UMNO, perhimpunan agungnya telah selamat & jayanya melabuhkan tirainya. Saf kepimpinan baru parti keramat UMNO dibawah leadership Datuk Seri Najib telah menampakkan sinar positif arus kebangkitan & perubahan yang akan menjadi suatu tranformasi secara comprehensive bagi parti keramat UMNO.
Datuk Seri Najib & Tan Sri Muhyiddin dilihat sebagai pemimpin yang complement to each others - Sudah sekian lamanya akar umbi perwakilan UMNO menunggu saat & ketika perkara ini dapat direalisasikan kerana takkala hak2 kepentingan orang dicabar dengan rakusnya, parti keramat UMNO pula dilabel sebagai sudah tidak lagi relevant lagi kepada orang melayu terpilihnya & terangkatnya kedua-dua pemimpin ini menerajui parti keramat UMNO akan membolehkan kesemua persepsi ini ditangkas, dilibas, dilipat & diubah. Datuk Seri Najib dilihat sebagai pemimpin minda kelas pertama yang melihat, mendengar, menyelami dan mencari way foward ataupun jalan penyelesaian secara berstrategik dalam segala isu yang timbul dan mampu menjaga kepentingan semua kaum manakala Tan Sri Muhyiddin pula amat dikenali sebagai pemimpin berpengalaman yang begitu vokal terutama dalam mempertahankan hak2 orang melayu, membela & memperkasakan golongan bumiputera. Gandingan mantap kedua-dua pemimpin atasan ini akan terus membolehkan parti keramat UMNO terus disanjung & dijunjung, Institusi Raja & hak kepentinan orang2 akan kembali dihormati dan yang lebih penting lagi dalam skop pentadbiran yang lebih meluas kepentingan semua kaum akan terus dibela.
Sinar & jati diri perjuangan positif dikalangan Naib Presiden UMNO - Ini adalah suatu lagi petanda positif kebangkitan parti keramat UMNO kerana gabungan Naib2 Presiden ini dilihat begitu teruja dalam memartabatkan kembali parti keramat UMNO, Datuk Zahid Hamidi dilihat begitu lantang & vokal dalam isu2 yang berkaitan dengan Institusi Raja & hal ehwal agama islam, sesuatu yang tidak kita duga dari hanya seorang anak pelaut dari Semporna Datuk Shafie Apdal boleh kita labelkan sebagai the new hardcore Naib Presiden yang begitu vokal menekankan kepentingan semua ahli2 akar umbi UMNO bersatu dan kembali kepada asas perjuangan seterusnya Datuk Seri Hishamuddin walaupun tidak dilihat begitu vokal namum dalam ketenangannya kita percaya beliau juga berada ditahap kemuncak yang inginkan orang2 melayu kembali disanjung & dijunjung.
Kepimpinan dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Dengan rasa rendah diri saya begitu teruja dalam melihat perubahan pucuk kepimpinan Ahli majlis Tertingi UMNO kerana perhimpunan agung kali ini betul2 memperlihatkan cita rasa kelas pertama arus perubahan yang dilontarkan oleh ahli2 perwakilan akar umbi UMNO kerana terpilihnya pemimpin seperti Datuk Tajuddin ABD Rahman, Datuk Bung Mokthar, DR Puad Zakarshi yang sememangnya begitu lantang & vokal dalam memperjuangkan hak2 orang melayu & bumiputera. Terpilihnya pula nama2 seperti Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Huzni pula yang sememangnya tidak dapat dinafikan antara pemimpin yang begitu hebat dizaman Anwar Ibrahim akan dapat memberi suatu balance dalam melipat & melibas isu2 yang dilontarkan oleh angota PR kerana ternyata kedua-dua pemimpin yang disebutkan diatas adalah antara anak didik Anwar Ibrahim. Terpilihnya pula pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Idris Haron & Datuk Azeez diharap dapat mendekatkan jurang golongan muda dengan parti keramat UMNO disamping diharap dapat mengarap nilai2 jati diri dan perjuangan agama, bangsa & negara yang diperjuangkan oleh parti keramat UMNO.
Kehadiran Tun Mahathir diperhimpunan agung UMNO adalah very significant dalam penyatuan orang2 Melayu & Parti Keramat UMNO - Berdegup jantung seluruh rakyat Malaysia bila mana Tun Mahathir hadir diperhimpunan agung UMNO & seterusnya turun ke platform pentas utama dan bersama-sama berjabat tangan dengan Datuk Seri Najib & Pak Lah, this is one of the dramatic & historical motion in UMNO general assembly, ramai pemerhati politik meramalkan ini adalah saat & ketikanya kita akan melihat arus kebangkitan & penyatuan orang2 melayu dalam parti keramat UMNO dan suatu tranformasi sokongan yang amat luar biasa dijangka akan melanda parti keramat UMNO tidak berapa lama lagi.
Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup UMNO, Hidup UMNO, Hidup UMNO......
Pemimpin Berjasa Bersilih Ganti,
Namum hanya parti keramat UMNO tetap disanubari
Dulu Kini & Selamanya
Hanya parti keramat UMNO pejuang tulen agama, bangsa & negara
mat rasa untuk dekati golongan mda taid sukar bagi UMNO sekiranya pemimpin yang mewujudkan kelas terhadap gologan muda ni. vvip ni menjadi satu kemegahan.. mat tak kata ia tak boleh berubah.. tapi perasaan itu wujud dalam diri mereka. sebelum ni, mat banyak bertemu pemimpin2 ni.. mereka sombong.. kebanyakkannya.
ReplyDeletewujud satu jurang yang begitu tinggi. apapun mat nampak kesungguhan mereka untuk berubah. tapi tak tahulah sampai bila. mat harap still sampai bila2.. sebab mereka di pilih oleh rakyat ( walaupun ada yg di suap) jadi kepada rakyat mereka harus merendahkan diri.. hapuskan stereotaip yang pemimpin UMNO ni sombong dan susah nak dekat. terlalu protokol..