Tuesday, January 6, 2009

Mengapa Golongan Muda Bumiputera Meminggirkan UMNO & BN

Semakin jelas & nyata walaupun PRU ke 12 telah berlalu namun sokongan golongan muda bumiputera masih dingin terhadap UMNO & BN, apakah sebab budaya ini berterusan?

1. Hampir keseluruhan golongan muda menolak & meminggirkan UMNO kerana merasakan perjuangan parti bukan lagi diatas landasan memperkasakan bangsa & kaum bmiputera & melayu tetapi lebih kepada kepentingan peribadi.

2. Ramai dikalangan golongan muda bumiputera begitu kecewa kerana setelah begitu banyak program & perbelanjaan diatur untuk Pemuda UMNO & Putera UMNO ianya masih gagal memperlihatkan calon2 pejuang pemuda yang boleh dilabel Hardcore Fighter yang berani & tangkas melipat sebarang isu yang dilemparkan.

3. Tidak kurang juga ramai dikalangan golongan muda bumiputera yang benggang & angin dengan segelintir pemimpin UMNO yang begitu rakus membolot projek2 tanpa memandang orang sebelah & langsung tidak menyalur & mengagihkan walaupun seceput atau sedikit daripada saki baki projek.

4. Sikap pemimpin diperingkat bahagian & seterusnya diperingkat pusat yang tidak mengendahkan & menjadikan pendapat dan pandangan golongan muda sebagai rujukan kelas 2 mwmbuatkan ramai gologan muda "Tawar Hati" dengan UMNO dan seterusnya memilih alernatif lain.

No comments:

Post a Comment