Friday, January 23, 2009

Pasca Analisis Pilihanraya Kecil KT

17/01/09 sekali lagi menyaksikan tersungkurnya calon Umno & BN dalam pilihanraya kecil KT. Mengapakah fenomena & Tsunami ini berterusan melanda?

1. Apakah rakyat Terengganu benar2 menolak Umno? - Secara amnya berbekalkan pembangunan, peruntukan bajet yg agak besar & kesungguhan Umno dalam merampas kembali Terengganu daripada PAS kekalahan BN bukanlah akibat bebanan Umno semata-mata.

2. Adakah BN kalah kerana PAS telah berjaya menjadikan KT kubu kuat mereka? - Rata2 pucuk pimpinan atasan PAS (semuanya heavyweight) tidak menyangka sama sekali bahawa PAS & PR akan mendapat kelebihan majoriti undi yg lebih besar sebaliknya jangkaan awal mereka pertarungan di KT amat sengit (neck to neck) kerana gelanggang di KT amat berbeza sekali dengan Permatang Pauh.

3. Dilema Umno dalam memilih calon - Sebenarnya tidak menjadi masalah walaupun sekecil kuman sekali pun jika calon yg dipilih bertanding bukan terdiri daripada ketua bahagian. Namun kebiasaanya bila ketua bahagian tidak dipilih untuk bertanding penyakit kronik parasit dalam Umno seperti sabotaj, memulaukan calon yg dipilih, melakukan serangan peribadi etc. Ini adalah penyebab mengapa pucuk pimpinan atasan Umno terpaksa memilih calon yang akan bertanding secara amnya terdiri daripada ketua bahagian walaupun sesetengah daripada mereka ini adalah individu yang tidak mesra rakyat. Oleh kerana penyakit kronik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan parti (personnel interest rather than party interest) impak pada akhirnya Umno tersungkur di KT.

4. Mengapa pengundi muda terus jauh & "Tawar Hati" dengan Umno & BN? Sudah tidak dapat dinafikan lagi & Umno harus telus dan menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan undi daripada golongan muda. Sudah tiba masanya Umno harus memilih calon2 yg mempunyai pendekatan & "Aura" yg boleh menarik golongan muda memahami asas2 perjuangan Umno. Masanya sudah tiba (high degree of needs) bagi satu rombakan, penstrukturan & penjenamaan semula Pemuda Umno bagi melahirkan pucuk pimpinan Pemuda Umno yg boleh dilabel sebagai hardcore fighter terutama dalam mendukung aspirasi & isu2 golongan muda. Jentera Pemuda Umno yg diketuai oleh Ketua pemuda, Naib Ketua pemuda serta barisan exco mesti berani & tangkas melipat serta melibas isu2 yg melibatkan golongan belia.

5. Pendekatan kempen Umno & BN perlu diubah - Sepatutnya Umno & BN perlu sedar gelanggang politik masa kini memerlukan pendekatan yg lebih berstrategik. Dikala pihak pembangkang & PR semakin popular, kebebasan media, blog & alam cyber internet, cara Umno & BN yg hanya turun berkempen takkala musim pilihanraya menjelma membuatkan pengundi merasa rimas & panas. Pendekatan yg memperlihatkan turunnya ramai pemimpin2 (heavyweight) Umno & BN memancing undi walaupun pada dasarnya muka mereka ini tidak pernah kelihatan jika tiada pilihanraya berlangsung. Pendekatan kempen yg Umno & BN harus praktikan ialah (quality approach rather than quantity approach) Tanpa menunggu kehadiran pilihanraya pendekatan mesra rakyat harus diamalkan secara berterusan & ianya boleh dilakukan oleh ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, setiausaha bahagian & exco peringkat bahagian. Sekiranya ketua bahagian tidak berkesempatan kerana menjawat jawatan diperingkat pusat pendekatan mesra rakyat in harus digalas oleh hulu balang seperti timbalan ketua atau naib ketua etc. Sekiranya pendekatan ini gagal terlaksana apa ke jadahnya tugas2 mereka yg dilantik mentadbir diperingkat bahagian.

6. Mengapa Kaum bukan melayu terutama kaum Cina "Tawar Hati" dengan BN? - Kenyataan ini pelik tetapi benar! Kaum Cina yg secara tradisionalnya memberi sokongan yg tidak berbelah bagi kepada BN hampir 50 tahun akan tetapi dalam sekelip mata telah menukar pattern sokongannya kepada parti yg lebih extrimis seperti DAP, PKR & PAS. Apakah mereka benar2 yakin dengan penyatuan & pengabungan Pakatan Rakyat ini? Di satu sudut yg berlainan secara amnya bagaimana kita melihat komponen BN seperti MCA, Gerakan etc. benar2 berusaha memperjuangkan nasib mereka bagi pihak & dibawah payung BN. Apakah tahap keikhlasan perjuangan MCA, Gerakan etc. dibawah satu bumbung & payung BN? Hanya pucuk pimpinan MCA, Gerakan, etc. dapat menilai sejauh mana kekuatan & kerja keras mereka dalam melemparkan aspirasi BN terhadap kaum Cina. Tidak kurang juga ramai dikalangan pengundi kaum Cina menolak BN kerana merasakan parti komponen seperti MCA, Gerakan etc. lebih mendukung aspirasi perjuangan peribadi daripada perjuangan membela nasib bangsa sendiri. Secara amnya mereka melihat perjuangan parti seperti DAP lebih mendukung aspirasi membela nasib bangsa mereka & kekentalan DAP dalam menentang PAS dalam isu hudud dilihat sebagai "hardcore extremes approach" berbanding dengan MCA, Gerakan etc. yg lebih mendukung aspirai perjuangan peribadi & lebih gemar bertelagah sesama sendiri & ini secara automatiknya menjadikan parti seperti DAP & PR alternatif pilihan mereka berbanding untuk memangkah BN.

No comments:

Post a Comment