Friday, January 30, 2009

Mengapa Mutu Bola Sepak Malaysia Terus Jatuh Merudung

Nak gelak pun dah tak tergelak lagi bila melihat mutu bola sepak Malaysia terus jatus terpelosok malah mutu bola sepak kita boleh dianggap sudah bungkus kedalam tong sampah.

1. Kemana hala tuju & program pembangunan bola sepak Malaysia? pelik & lucu bila ditahap kritikal begini barulah idea & persoalan mengapa selama ini FAM, Kementerian Pendidkan, Kerajaan Negeri etc. tidak mempraktikan & menyusun program pembangunan bola sepak seawal diperingkat usia 10 tahun, 12 tahun etc. mengapa tidak dipraktikan liga bola sepak disetiap peringkat daerah? mengapa liga bola sepak diperingkat sekolah tidak disusun & diatur secara konsisten? Persoalan yg paling jahaman mengapa selama ini tiada kerjasama secara berstrategik & konkrit antara FAM, Kementerian pendidikan, Kerajaan Negeri etc. tentang program yg dinyatakan diatas

2. Sikap para pemain yg dipilh untuk mewakili skuad kebangsaan? walaupun tidak semua namun tidak dapat dinafikan kejatuhan skuad bola sepak kebangsaan banyak berpunca daripada sikap para pemain yg dipilih yg mana terdapat penyakit kronik seperti lebih mengharapkan bola tiba dikaki pemain lain daripada kaki mereka sendiri kerana takut melakukan kesilapan & mengalami kecerderaan. Selagi ada sikap haram bejadah begini dalam skuad kebangsaan jurulatih seperti Ferguson,Scolari mahupun Fabio Capello belum tentu boleh memartabatkan mutu bola sepak Malaysia.

3. Perlukah FAM disusun semula? FAM sebagai badan induk yg bertanggungjawab dalam memartabatkan mutu bola sepak Malaysia bukan sahaja perlu disusun semula bahkan ianya perlu distruktur semula dari segenap penjuru, penjenamaan semula (Rebranding) FAM juga sudah tiba masanya. Sudah tiba masanya barisan kepimpinan tertinggi FAM bukan hanya dianggotai oleh orang kenamaan, VIP & ahli politik sahaja akan tetapi barisan kepimpinan ini juga harus dianggotai oleh pakar2 bola sepak, bekas2 pemain kebangsaan, pengkritik atau penganalisis bola sepak "In another words those who really know football in tech terms" proses penjenamaan FAM juga tidak salah kalau ianya boleh melibatkan beberapa peminat "Hardcore" bola sepak kebangsaan menganggotai barisan kepimpinan FAM. Ini Kerana sebagai peminat "Hardcore" mereka boleh melontarkan pandangan ikhlas demi memartabatkan mutu bola sepak Malaysia.

4. Skop & urus tadbir barisan kepimpinan FAM - Perjuangan memartabatkan mutu bola sepak Malaysia memerlukan ketelusan & keikhlasan maka urus tadbir FAM memerlukan hala tuju yg berstrategik, barisan kepimpinan FAM yg berlatar belakangkan "tech & football development" harus jangan diganggu atau dilobi dalam aspek pembangunan teknikal bola sepak kebangsaan, barisan kepimpinan FAM yg membawa pendekatan "Politician Capacity" tanpa memikirkan kepentingan peribadi atau mencari populariti harus menyingsing lengan dalam membantu dari segi aspek polisi & atau mana2 akta yg dapat membantu memartabatkan mutu bola sepak kebangsaan, barisan kepimpinan FAM yg berlatar belakangkan VIP & orang korporat harus berani tampil & tanpa segan silu menjenamakan FAM agar lebih banyak dana & "Sponsership" dapat diraih bagi memperkuatkan lagi sumber kewangan FAM.

5. Semua Musibah Yg melanda adakah berpunca daripada jurulatih? Sebenarnya agak keterlaluan juga jika kita hanya 100% menyalahkan jurulatih skuad kebangsaan ini kerana skuad kebangsaan pernah mendapat sentuhan jurulatih seperti Claude Le Roy, Alan Harris, Ken Worden etc. yg boleh dilabelkan sebagai antara jurulatih yg berkemahiran menyusun formasi & taktikal dengan baik namun dibawah kendalian mereka skuad kebangsaan tetap gagal. Jurulatih tempatan seperti Wan jamak Hassan malah B Sathianathan juga boleh dilabelkan sebagai jurulatih yg berkebolehan tetapi skuad kendalian mereka juga terus malap. Faktor yg terpenting disini adalah adakah kesemua jurulatih ini diberi ruang 100% menbentuk pasukan mereka? Wujudkah elemen campur tangan pihak ketiga dalam menbentuk pasukan kebangsaan? Bagi jurulatih import pernahkah FAM mengaplikasikan "KPI system" terutamanya dalam aspek penyampaian mereka seperti komunikasi mereka dengan pemain tempatan? pemahaman arahan mereka oleh pemain tempatan?

6. Liga M harus sentiasa mempunyai aura tarikan & "Competitive" Tulang belakang atau "Well structured Frame Work" setiap pasukan kebangsaan ialah melalui liga tempatan mereka seperti EPL, LA Liga, Seria A malah J league, maka FAM harus mencari formula terbaik bagaimana mengukuhkan liga M? Malang sekali satu keputusan yg boleh dianggap "Backward Decision" telah dibuat oleh FAM dimana larangan pemain import beraksi dalam liga M dengan alasan "standard" pemain tempatan jatuh merudung dibayangi oleh pemain2 import. Secara telusnya ini adalah keputusan yg boleh dilabelkan sebagai keputusan badigol mangkuk hayun kerana dalam skop yg lebih luas banyak "advantage" jika liga M dapat mengguna pakai pemain2 import malah pemain2 tempatan juga boleh mendapat manafaatnya. Apa yg FAM perlu lakukan sebenarnya ialah memperketatkan polisi Liga M, membuat penyemakan sistem penyampaian Liga M dan bukannya satu keputusan yg rasionalnya tidak lansung dapat membantu memartabatkan mutu bola sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment