Monday, April 6, 2009

Harakah & Suara Keadilan Dibenarkan Kembali, 13 tahanan ISA Dibebaskan - Pak Sheikh Anwar Terhimpit Dengan Mainan Ciptaannya Sendiri

Satu tranformasi & langkah yang amat tepat pada masa dan ketikanya apabila PM baru kita mengumumkan yang larangan penerbitan akhbar Harakah & Suara Keadilan telah ditarik balik ditambah pula dengan pengumuman yang pada zahirnya satu Malaya pun tak percaya, pembebasan 13 tahanan ISA.
Tranformasi positif jentera pentadbiran Datuk Seri Najib - Langkah yang dinyatakan diatas mencerminkan betapa seriusnya PM baru kita ni dalam menyelami isu2 yang berkaitan dengan semangat demokrasi secara berstratgik. Idea dan cadangan Datuk Seri Najib dalam menyusun semula akta ISA dan melihat ruang2 penambahbaikan dalam akta ini disambut dengan begitu positif oleh rakan2 ahli politik, veteran politican, pemerhati & penganalisis politik, perwakilan dan akar umbi ahli UMNO begitu juga dengan masyarakat umum.
Jentera pentadbiran Datuk Seri Najib ingin memberi mesej kepada pihak PR UMNO & BN memang bersedia bertarung secara telus, jujur & amanah pada bila2 masa - Sama ada mesej ini sampai ataupun tidak itu bukan masalahnya kerana pihak PR memang terkenal dengan permainan minda mereka kalau tahu pun mereka akan buat2 tak tahu. Bila pihak PR kata dan tuduh UMNO & BN penakut & tak gentle kerana sekat penerbitan harakah & suara keadilan sekarang kita nak tengok adakah depa ni betul2 dah sedia nak bertarung dengan jentera UMNO & BN secara telus & jujur bila larangan tu ditarik balik jangan seperti bak kata pepatah "Paku Dulang Serpih Mengata Orang Tapi Dia Yang Lebih2" kerana bila pihak UMNO & BN kata depa tak nak sentuh isu2 serangan peribadi, no personel political attacking game meraka stick to their promise akan tetapi pihak PR ni biasanya kata tak nak sentuh but finally depa akan main dengan isu2 serangan peribadi.
Hak pengundian & kuasa mengundi UMNO & BN serahkan 100% kepada rakyat untuk menentukan - Mahupun secara langsung atau tidak langsung mesej yang disampaikan oleh jentera pentadbiran Datuk Seri Najib dilihat menggunapakai approach yang berpandukan kepada "The Best Party Win" dimana dalam pendekatan ini rakyat jelata & pengundi tidak ditekan dengan isu, fitnah, tomahan dan serangan peribadi pihak lawan. Malahan petugas2 jentera pilihanraya diketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil telah dengan seriusnya diingatkan supaya tidak bertindak kasar terhadap pihak pembangkang. Dalam approach yang lebih menekankan "people oriented driven approach" amanat PM baru kita ni juga telah menyatakan yang tiada lagi empty promise dalam hal2 yang berkaitan dengan projek yang dilabel sebagai Mi segera.
Kesian Pak Sheikh Anwar yang terhimpit dengan approach permainan ciptaannya sendiri - Bila larangan penerbitan harakah & suara keadilan ditarik balik Pak Sheikh mula pening kepala sebab sudah ada suara2 sumbang dalam PR yang nampak tranformasi positif dalam jentera pentadbiran Datuk Seri Najib. Bila 13 tahanan ISA dibebaskan termasuk 2 pemimpin HINDRAF Pak Sheikh mula tak boleh tidur malam kerana penyokong fanatik HINDRAF sudah mula mempersoalkan empty promise beliau yang katanya boleh membebaskan orang2 HINDRAF sebaliknya baru sehari jadi PM Datuk Seri Najib dengan tanpa banyak bicara telah membebaskan 2 pemimpin mereka. Pak Sheikh lagi sakit jiwa bila permainan mindanya yang menuduh tindakan yang dibuat Datuk Seri Najib hanya gimik politik sudah tidak diendahkan lagi kerana bagi kebanyakkan penyokong mahupun masyarakat umum apa yang penting ialah deliverables dan proses penyampaian atau secara ringkasnya "Usaha Bukan Kata" seperti apa yang telah diusahakan oleh Datuk Seri Najib.

No comments:

Post a Comment