Friday, April 24, 2009

PKR Pulau Pinang Bidas KM Kerana Kenyataan Akhbarnya - Dimana Sikap Keterbukaan & Fahaman Demokrasi Terpimpin Mereka?

Nak gelak pun dah tak tergelak lagi tapi bila melihat gelagat & ragam bebudak tak cukup umur PKR Pulau Pinang bidas & balun Lim Guang Eng kerana kenyataan akhbarnya akhirnya kita pasti tergelak sampai terbahak-bahak.
Pucuk pimpinan PKR Pulau Pinang memang belum cukup umur nak main politik arus perdana - Selalunya bila ada isu ataupun hal2 yang berkaitan dengan dalaman parti seperti kes nyonya Elizabeth Wong bebudak PKR ni pasti balun BN & lemparkan tomahan dan fitnah ini semua BN punya angkara, setting, perangkap dan bermacam -macam statement liar lagi. Namum permainan singkat mereka akhirnya makan diri sendiri bila kes TKM1 didedahkan secara terbuka oleh anggota AMK mereka sendiri dan akhirnya bila mereka dah kehabisan idea untuk balun BN khususnya UMNO sikap tidak matang dalam bermain politik arus perdana menyebabkan mereka balun sekutu kuat mereka Lim Guang Eng bila KM ini memberi kenyataan akhbar tentang rasa tidak senang hati diatas terjadinya perkara ini.
Dimana sikap keterbukaan & fahaman demokrasi terpimpin anggota pucuk pimpinan PKR? Patutla akhir2 ini banyak cakap2 sumbang yang melabelkan PKR ini sebagai parti kelentong rakyat kerana hampir kebanyakkan statement mereka hampeh & umpama cakap tak serupa bikin. Kalau dalam bab musabab yang melibatkan BN khususnya UMNO mereka dengan lantang mempertikaikan sifat keterbukaan, demokrasi terpimpin, hak bersuara, collective decision dan bermacam fahaman dan ideologi lagi namum bila ianya melibatkan intipati dalaman parti mereka pandai pula mereka nak cover the line dan marah bila saluran akhbar digunapakai, bangsat badigol haram-bejadah ke tidak sifat macam ni?
Lebih baik Pak Sheikh Anwar & bebudak haram bejadahnya main politik syok sendiri - Macam mana nak main politik arus perdana kalau akhbar & mata pena tak support mereka je mereka terus ambil keputusan untuk boikot akhbar terbabit, bila kalah dalam pilihanraya je mereka terus balun SPR ni ejen kerajaan, tak telus dan macam2 tomahan lagi tapi bila peroleh kemenangan setinggi gunung mereka puji SPR. pakatan rakyat memang dari dulu lagi anti ISA tapi bila Datuk Seri Najib released 13 tahanan dibawah ISA & intent to review ISA mereka lontarkan fitnah kata ini semua gimik politik BN, kesimpulannya kalau semua yang depa buat tu betul & orang tak boleh nak pertikaikan sebaliknya bila pihak BN buat semuanya tak betul, gimik politik, gula2 meraih simpati politik lebih baik mereka berjuang berlandaskan aspirasi politik syok sendiri.
Inilah rasionalnya bila platform politik semata-mata untuk kepentingan peribadi / individu bukan membela kebajikan rakyat - Baik secara langsung mahupun tidak langsung kita dapat melihat bila wadah perjuangan politik berasaskan kepentingan peribadi / individu permainan politiknya begitu sempit sehingga membalun sekutu kuat mereka sendiri pun dianggap langkah yang betul walhal dalam aspek ini sebagai KM Pulau Pinang apa yang dilakukan oleh Lim Guang Eng boleh diklasifikasikan berlandaskan platform yang betul. Wadah perjuangan politik sebegini juga dengan jelas memberi kita gambaran bahawa kepentingan peribadi seseorang individu itu lebih diagungkan & tinggi martabatnya berbanding dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat umum dan pengundi setempat.

No comments:

Post a Comment