Friday, April 17, 2009

Antara Isu Elizabeth Wong & Mohd Fairus Khairuddin Seolah-Olah Ada Double Standard! Apa Respond Pak Sheikh Anwar?

Desas-desus dan tiupan angin kencang tsunami hebat melanda dalam parti pakatan rakyat khususnya PKR. Satu malaya telah kedengaran suara2 dan panggilan2 sumbang yang melabelkan PKR sebagai parti kelentong rakyat gara2 anak2 buah pak sheikh Anwar yang tak pandai2 nak jaga line.
Pak sheikh Anwar tentu pening & terkedu nak handle situation dalaman PKR sekarang ni - Itulah pak sheikh kalau dulu hang pi ambik keputusan jangan dok involved in politic anymore just focus in globalization & human rights issue mesti hang tak pening kepala nak handle budak2 hang yang ada cita2 tinggi dalam politik arus perdana, mainstream politic tapi tak reti2 nak jaga line & cover up untuk bos.
Hebat wayang politik PKR dalam isu cik Eli - Teka-teki kesudahan jawatan Elizabeth Wong akhirnya terjawab, setelah cik Eli bercuti panjang yang mana cuti pertamanya telah dilanjutkan akhirnya MB selangor telah membuat kenyataan rasmi berhubung dengan kedudukan cik Eli ni, bagi kebanyakkan pemimpin & pejuang dalam BN khususnya parti keramat UMNO perkara ini ataupun lebih tepat permainan wayang kotor & lucah PKR ini memang sudah diduga namum yang kita kesian ialah masyarakat umum khususnya dinegeri selangor yang mana if we drill down to the bottom yang ketika PRU ke 12 banyak melakukan undi2 protes & memilih calon2 daripada parti PKR termasuk cik Eli ni tertanya-tanya apa semua ini, mengapa ini boleh berlaku? tidak ada calon yang lebih clean daripada Elizabeth Wong ke?
TKM1 Pulau Pinang rasa tidak dibela oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR - Kehancuran & ibarat retak menanti belah, itulah yang boleh kita gambarkan tentang pucuk pimpinan PKR peringkat negeri Pulau Pinang dan pada akhirnya virus berstrategik ini akan meledakkan lavanya keseluruh pucuk pimpinan PKR peringkat kebangsaan. Menerusi satu sidang akhbar tergempar, Mohd Fairus Khairuddin telah mengutarakan isu double standard diantara kes beliau dengan kes cik Eli yang mana pada hemah beliau sebagai TKM1 Pulai Pinang suatu jawatan yang agak penting dan tinggi dalam hiraki parti beliau tidak dibela, tidak dipertahankan dengan sewajarnya malah tidak diberi peluang untuk menegakkan keadilan dan ruang penyiasatan terhadap dirinya tidak menggunapakai the right channel approach. Justeru itu beliau tidak akan berkompromi dengan mana2 pihak dan akan 100% memberikan kerjasama dengan pihak SPRM dalam membersihkan namanya yang beliau labelkan sebagai kambing hitam atau scape goat PKR.
Memang ramai yang dok cakap pucuk pimpinan PKR Pulau Pinang ni banyak problem - Itulah pak sheikh memang hebat sebagai seorang politican itu pun dululah sebelum dia berkarat namum pak sheikh kena terima hakikat yang tak semua budak2 dia dalam PKR ni hebat, hardcore fighter dan ready sebagai ahli politik dalam competitive mainstream politic world, ini kerana politik arus perdana tidak hanya melayari musuh luaran namum sesetengah lipatan & libasan datang dari musuh dalaman ataupun musuh dalam selimut. Suara2 sumbang & cakap2 liar banyak yang mengatakan orang yang bertanggungjawab memerangkap dan menjatuhkan Mohd Fairus adalah orang PKR sendiri iatu Malik kassim malahan things getting more worst bila dikatakan juga pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain juga mengidam jawatan TKM1 ni. Kalau macam ni beb pak sheikh boleh pasang, nyalakan dan hisap rokok secara terbalik.
Ahli parlimen Kulim Bandar Bharu bantah perlantikkan semula Elizabeth Wong - Pak habib zulkifli Nordin ni memang terkenal dengan prinsipnya lebih2 lagi yang berkaitan dengan pembentukkan moral & nilai2 murni dan keagamaan. Beliau secara lantang dan terbuka membantah perlantikkan semula cik Eli ni malahan beliau meminta agar MB Selanggor membuat penyemakkan semula berkaitan dengan perlantikkan semula ini. Ini memberi kita petunjuk bahawa walaupun cuba diselindung oleh beberapa anggota kanan PKR memang terdapat unsur2 salah-laku dan kegiatan yang tidak bermoral diantara cik Eli ni dan ex-boyfriend nya si Helmi ni yang menyebabkan orang2 yang berprinsip teguh seperti pak habib Zulkifli ni tidak dapat menerimanya. Tentangan yang datang dan ditimbulkan oleh orang mereka sendiri boleh menyebabkan pak sheikh Anwar minum air dengan cawan yang terbalik. Bahaya tu beb!
Apa jadi kalau Mohd Fairus pecahkan tembelang ahli2 PKR Pulau Piang kepada SPRM? Ini soalan cepu emas beb, kalau sekiranya pak sheikh gagal mengawal atau melembutkan Mohd Fairus ni satu fenomena boleh berlaku dalam PKR yang tempiasnya boleh menyebabkan sekutu kuat mereka DAP & PAS pun terkehil sebelah kaki. Umumnya jika sebahagian besar pucuk pimpinan PKR Pulau Pinang ni korup dan Mohd Fairus mempunyai maklumat secara terperinci lantas dibuka dan didedahkan secara comprehensive kepada SPRM bukan sahaja huru-hara berkemungkinan keseluruhan pucuk pimpinan PKR Pulau Pinang akan didakwa & boleh dipenjara yang mana kalau ianya berlaku nescaya akan menjadi rentetan sejarah yang terpanas dipasaran. Kalau ini berlaku tak mustahil pak sheikh Anwar boleh jadi fobia sampai makan guna tangan kiri dan basuh muka tak nak guna air paip tapi guna air liur sendiri!

1 comment:

  1. diorang(PKR) ni semua lebih beb, Kalau UMNO/BN, ada je nak cari salah, itula, inilah, itulah sebenarnya kerja diorang, menutup kelemahan diri sendiri dan membuka salah orang lain.
    2) Tapi bila dah kene kat batang hidung mereka(PKR) sendiri, tuduh permainan politik UMNO la, sengal. blah la...

    HIDUP UMNO Dulu, Kini dan selamanya!!!-anak Melaka

    ReplyDelete