Tuesday, April 14, 2009

Ura2 Pemimpin MIC Memboikot & Mahu Keluar Kabinet - Permainan Politik Apa Yang Cuba Dihidangkan Oleh MIC?

Dikala ini hebat terpampang didada akhbar2 arus perdana tentang usaha & ura2 segelintir pemimpin parti MIC yang mahu memboikot & keluar dari kabinet jentera pentadbiran kerajaan BN. Adakah ianya hanya suatu spekulasi liar ataupun realiti yang terselindung perkara ini terus menjadi teka-teki yang bersrategik.
MIC jangan mencabar kelembutan & sense of diplomacy yang dipraktikkan oleh UMNO - Sebagai seorang pejuang melayu muda saya agak panas dengan tindak-tanduk MIC ini kerana ianya seolah-olah sengaja ingin mencabar sifat2 tatasusila & sense of diplomacy yang menjadi amalan berstrategik parti keramat UMNO sebagai parti tunjang dalam kerajaan pentadbiran BN.
Tidakkah MIC merasa malu kegagalan membela nasib kaum India lantas ditolak 100% oleh pengundi India tetapi berhasrat menambah kuota menteri? Mungkin tidak melampau kalau kita katakan yang kepimpinan atasan MIC ini memang tidak tahu malu kerana sudah kalah teruk dalam PRU ke12 & dibenci oleh pengundi India masih ada menyimpan hati untuk menambah jumlah menteri, mungkin selain daripada tidak tahu malu kadang-kala mereka ini berfikir tidak menggunakan kepala otak mereka tetapi mungkin mereka menggunakan kepala lutut mereka.Kegagalan, kesilapan & hasil daripada sikap haram bejadah mereka yang membuatkan nasib kaum India diMalaysia tidak terbela dan BN terus ditolak oleh pengundi India namum kebanyakkan pemimpin atasan MIC masih bermain wayang & menolak kenyataan ini malah yang lebih membuat pejuang2 muda parti keramat UMNO ini menjadi marah ketahap amarah yang amat bahang sekali segelintir pemimpin MIC menyalahkan sikap pemimpin UMNO yang menjadi punca larinya undi2 penting dikalangan masyarakat india.
DUN Bukit Selambau Benchmark terbaik bagi MIC untuk memulakan proses muhasabah diri - Sepatutnya MIC sedar & bangkit daripada mimpi haram bejadah mereka bagaimana pengundi2 India menolak calon MIC Datuk S Ganesan secara bulat2 walaupun dibantu oleh jentera pilihanraya daripda parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan, PPP. Secara umumnya jika MIC dibiarkan bersendirian tanpa bantuan jentera pilihanraya parti komponen tak payah cakap pun kita pasti akan dapat melihat calon MIC ini akan berkubur lebih awal lagi di Bukit Selambau. Memang kita patut marah & mungkin tidak melampau kalau sampai ketahap kita rejam je pemimpin2 MIC dengan batu kerana nak cakap apa lagi kalau pengundi dikalangan kaum mereka sendiri menolak calon MIC Datuk S Ganesan secara bulat2 dan lebih confident menghadiahkan mandat kepada calon PKR. UMNO kalah di Bukit Gantang kerana pengundi2 kaum Cina & India bermain wayang kotor membelakangkan & menolak calon UMNO Ismail Safian. Peratusan pengundi2 kaum Melayu meningkat dengan agak memberangsangkan dalam memilih calon BN. Rumusannya ini adalah 2 faktor & teori yang berbeza yang patut kepimpinan atasan MIC perincikan.
Apakah kepimpinan atasan MIC ini berlandaskan sikap haram bejadah yang tidak tahu berterima kasih? DUN Bukit Selambau dibawah jajahan pemerintahan parlimen Merbok majoritinya adalah pengundi2 kaum Melayu namum UMNO sebagai parti keramat yang menjadi tunjang kepimpinan BN yang secara tradisinya & mengamalkan collective decision approach telah sekali lagi bersetuju memberi laluan kepada MIC untuk bertanding dikerusi DUN ini. Parti keramat UMNO yang memang mengamalkan sense of diplomacy approach begitu gentlement dalam memegang sifat tradisi kepimpinan BN dalam memberi laluan kepada MIC walaupun didesak oleh pelbagai pihak termasuk akar umbi sendiri untuk kembali meletakkan calon UMNO dikerusi DUN Bukit Selambau. Persoalan cepu emasnya disini pernahkah MIC berterima kasih kepada UMNO dalam hal ini? Mengapa mereka masih mahu mempolitikkan isu jumlah kedudukan wakil menteri dari kalangan parti MIC dalam jentera pentadbiran kerajaan BN?
Kemana hala tujunya MIC jika keluar daripda BN? Dengan rasa rendah diri yang teramat sangat saya memint agar Datuk Seri Najib & Tan Sri Muhyiddin agar tidak membuang masa melayan kerenah & permintaan bodoh pihak MIC ini kerana jika MIC keluar daripada BN saya tidak melihat yang parti ini boleh bergrak jauh kehadapan kerana belum tentu pihak PR mahu menerima & memberikan jawatan kanan dalam parti jika sekiranya mereka diterima masuk kedalam pentadbiran PR sebagai contoh kalau PKR menerima masuk MIC keutamaan bagi jawatan kanan akan diberikan terhadap individu seperti N Gobalakrisnan, R Sivarasa, DAP pula kalau pun sekiranya sudi menerima MIC mereka tentunya memberi keutamaan terhadap M Kulasegaran, N Sivakumar. Untuk MIC bergerak secara solo dalam keadaan landscape politik tanahair sekarang tentunya mereka akan berkubur dengan lebih awal lagi. Beberapa ketika dulu parti komponen PPP pernah menyuarakan statement sumbang yang mereka ingin keluar daripada BN jika beberapa cadangan mereka tidak dihalusi namum dimana mereka sekarang? mengapa mereka masih menumpang & bergerak dibawah payung BN? Sudah tentu jawapannya mereka tahu sukar bagi mereka untuk move forward sebab itu kita dapat lihat sudah ada bibit2 muhasabah diri dalam kepimpinan tertinggi parti PPP. Case study yang sama juga boleh digunapakai oleh MIC, cuba berfikir dengan mengunakan otak dan bukan menggunakan kepala lutut, balik kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan kaum India mengatasi kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment