Friday, April 17, 2009

Pemansuhan MECD - Mengapa Ianya Perlu Dipolitikkan?

Isu pemansuhan MECD & penyusunan semula agensi2 yang bernaung dibawahnya terus hebat dan hangat diperkatakan malah ianya dilihat sengaja dipolitikan oleh segelintir pihak2 yang tidak bertangungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi.
Apakah rasionalnya tindakan Datuk Seri Najib memansuhkan MECD? Kalau kita ingin memperdebatkan & memperincikan isu ini kita harus menganalisanya dalam skop yang lebih luas & bukan hanya dari sudut political mindset inbox scope ini kerana dalam memformulasikan & menyusun semula jentera pentadbiran yang lebih kecil berbanding daripada yang terdahulu dan dalam mana penekanan yang mengutamakan proses penyampaian, deliverables driven approach sejajar dengan pendekatan Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan, kebijaksanaan Datuk Seri Najib dalam merangka dan membuat keputusan ini dilihat amat tepat dan kena pada masa & ketikanya kerana pemansuhan & penyusunan semula ini dilihat dapat menghasilakan proses penyampaian yang lebih comprehensive.
Apakah nama MECD terlalu penting & sinonim dengan pembangunan usahawan melayu? Untuk kita membuat anjakkan paradigma keperingkat global kita tidak seharusnya cepat melenting dan bersikap tidak rasional dalam melayari isu ini kerana apalah yang ada sangat pada nama, walaupun ianya dimansuhkan akan tetapi skop keramat yang lebih penting disini Datuk Seri Najib sebagai seorang pejuang melayu yang tegar, hardcore fighter tetap memastikan kepentingan pembangunan usahawan melayu tetap dibela & diangkat kesuatu martabat yang tinggi posisinya justeru penyusunan yang beliau lakukan telah mengambil kira segala aspek yang kita perdebatkan ini.
LPKP disusun semula dibawah MOF - Ini adalah suatu case study yang boleh kita pragmatikkan bagaimana pembangunan usahawan melayu dibela & diangkat keposisi yang amat tinggi memandangkan majoriti besar pemandu2 teksi yang bernaung dibawah LPKP adalah orang2 melayu idea yang pada asalnya ingin meletakkan LPKP dibawah MOT telah dikaji semula dan akhirnya beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan LPKP dibawah MOF yang mana proses penyampaian, penambahbaikan dan index prestasi utamanya akan dipantau oleh Datuk Seri Najib sendiri secara direct.
Pusat khidmat kontraktor disusun semula dibawah kementerian Kerja raya - Satu lagi brilliant idea yang mana ianya patutnya telah lama digunapakai dan dipraktikkan. Dengan penyusunan semula ini pihak JKR akan dapat mempunyai suatu nationwide database yang berkaitan dengan hal- perihal kontraktor2 secara direct berbanding terdahulu yang memerlukan mereka mempunyai hubungan rangkai dengan MECD dalam soal pemantauwan pendaftaran kontraktor2 ini.
TEKUN disusun semula dibawah MOA - Tindakan ini akan dapat memperluaskan lagi proses penyampaian TEKUN sejajar dengan matlamat dan objektif asas & utama TEKUN yang diberi mandat menguruskan dana pinjaman yang diharap dapat dimanafaatkan oleh usahawan2 terutamanya usahawan2 tani bumiputera.
MARA disusun semula dibawah kementerian kemajuan wilayah & luar bandar - suatu penyusunan semula yang drastik tetapi dilihat akan menghasilkan strategic comprehensive result kerana kementerian yang dipantau oleh bos barunya, Datuk Shafie Apdal dilihat mampu bukan sahaja meluaskan skop pentadbirannya, ianya juga dilihat sebagai deliverables driven approach yang mampu membela & memartabatkan golongan luar bandar last but not least dengan karismanya, credibility dan vocal driven appraoch yang ada pada Datuk Shafie Apdal ianya dilihat dapat melakukan proses transformasi penambahbaikan aktiviti2 MARA malah besarlah harapan kita moga2 bos baru ini dapat mengangkat martabat MARA sehingga menjadi orgsnisasi kelas pertama, well structured tier 1 organization yang gagal dilakukan sebelum ini.
Pemansuhan yang memperlihatkan positive approach namum mengapa ianya terus dipolitikan? Dengan rasa rendah diri saya meminjam & memetik kata2 Datuk Seri Najib bahawa antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk memuaskan kehendak dan permintaan semua pihak. Jika kita kembali kepada asas muhasabah diri mungkin kita akan memahami ungkapan "in this competitive millenium days there is none 100% perfect strategic satisfaction approach" sebab itu dengan rasa rendah diri saya ingin menasihati Datuk Seri Najib agar tidak menghiraukan sangat petualang2 sumbang yang lebih sudu dari kuah, mengata orang diri mereka yang lebih haram bejadah kerana segala kenyataan yang tidak rasional & lebih bermotifkan politik eloklah kita anggap seperti gunting berkarat didalam tong sampah yang hanya menunggu garbage collector datang mengutipnya.

1 comment:

  1. Tidakkah pemansuhan MECD ini merupakan langkah awal ke arah proses asimilasi antara etnik sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh DS Najib? Kesimpulan awal yang boleh saya lihat adalah 1 Malaysia ini hampir sinonim dengan Malaysian Malaysia yang cuba diperkenalkan oleh DAP.

    ReplyDelete