Friday, April 24, 2009

Percaturan Politik Pak Sheikh Anwar Tak Untungkan Melayu Dalam UMNO, PAS Mahupun PKR Sendiri - Ianya Platform Kaum Minority Mengugut Kuasa Politik

Dengan rasa rendah diri saya meminta agar semua orang2 Melayu bersatu dan terus bersatu. Rapat dan perkasakan lah saf perjuangan dalam memartabatkan agama & bangsa Melayu. Kita boleh berbeza fahaman & ideologi politik namum jangan kita lepas tangan & menganak tirikan perjuangan dalam membela agama & bangsa Melayu.
Apa faedah & untungnya menyokong fahaman politik yang berasaskan sentimen perkauman? Jawapan kepada persoalan ini hanya satu, tidak lain & tidak bukan ianya hampeh dan tidak memberikan walau sekecil kuman sekalipun untung kepada perjuangan orang2 Melayu iatu kaum majoriti dinegara ini. Malah kalau kita perincikan sedalam-dalamnya api sentimen perkauman diantara kaum ini sebenarnya tidak wujud pun kerana kita bebas mengamalkan adat, budaya dan kepercayaan agama mengikut teori agama masing2. Hubungan & semangat setia kawan pula telah digarap sejak kita dibangku sekolah lagi malah dikalangan business comunity network kita pun tidak menghadapi masalah untuk berurusan sesama kita. Jadi apa sebenarnya masalah yang timbul? Jawapannya tidak lain & tidak bukan seorang yang kita labelkan sebagai brother Anwar bin Ibrahim (BABI) yang demi mencapai aspirasi kepentingan peribadi begitu haram bejadah sanggup menyalakan api sentimen perkauman kaum.
Apa rasionalnya Pak Sheikh Anwar buat begitu? Setelah dipecat daripada parti keramat UMNO dan kegagalan dalam meraih undi simpati menerusi agenda reformasinya, Pak Sheikh Anwar mengubah percaturan permainan minda politik songsannya daripada agenda reformasi kepada agenda sentimen perkauman diantara kaum. Rasionalnya very simple & straight forward kerana Pak Sheikh Anwar sedar & very firms with the decision dalam mengharungi aspirasi political survival nya hanya agenda ni sahaja yang mampu menggerakkan percaturan politik beliau & sekutu bangsat badigol haram bejadahnya.
Sokongan sebahagian kecil penyokong fanatik orang2 Melayu Pak Sheikh Anwar memberi bonus tambahan dalam percaturan sentimen politik berasaskan kaum ini - Pak Sheikh Anwar melompat gembira bila kaum minoriti bukan Melayu sudah mula termakan & seakan-akan selesa dengan gula2 politik yang ditabur oleh beliau malah beliau ketawa terbahak-bahak bila segelintir orang2 Melayu yang masih kabur dan menganggap beliau adalah pejuang demokrasi yang patut dibantu kerana dengan undian & sokongan kaum minoriti bukan Melayu Pak Sheikh Anwar sudah boleh memusing keputusan undi ditambah sokongan segelintir orang2 Melayu beliau amat yakin bukan sahaja kemenangan yang diperolehi malahan beliau sudah membayangkan kemenangan berserta peningkatan majoriti undi.
Apa yang orang2 Melayu dapat disebalik permainan percaturan ini? Permainan yang digarap oleh brother Anwar bin Ibrahim (BABI) ini selain memecah-belahkan orang Melayu, menyebabkan orang2 Melayu hilang hak istimewa dibumi sendiri, kuasa sultan & raja2 Melayu mula dipertikaikan & dilabel sebagai sudah tidak relevant, kesimpulannya kerugian 100% kepada bangsa Melayu.
Apa yang kaum minoriti bukan Melayu dapat sekiranya mereka menyokong usaha Pak Sheikh ini? Sudah tentu Pak Sheikh Anwar menjanjikan agenda yang dirasakan oleh kaum minoriti ini sesuatu yang boleh dianggap sebagai a dream come true seperti agenda & konsep kesamarataan diantara kaum, penghapusan dasar ekonomi baru & penarikan balik keistimewaan had kuota 30% bumiputera dan berbagai agenda yang digarap supaya kelihatan sama -rata dan tidak melebihkan kaum Melayu yang umumnya adalah kaum majoriti dinegara ini.
Bahana & Musibah Permainan Politik yang digarap oleh Pak Sheikh Anwar ini - Ianya tidak lain & tidak bukan akan menjadikan platform kepada kaum minoriti bukan Melayu membuat tuntutan liar dan mengugut kuasa politik seperti jikalau tidak memberi status tanah hakmilik kekal kepada orang Cina mereka tidak akan mengundi BN, jikalau tidak melantik lebih ramai speaker DUN dikalangan orang India mereka tidak akan mengundi BN dan bermacam-macam tuntutan dan ugutan lagi. Oleh kerana itu sekali lagi saya dengan dengan rasa yang amat rendah diri menyeru marilah kita golongan majoriti orang2 Melayu bangkit bersatu dan terus bersatu moga2 Allah swt akan memberkati dan memperkasakan saf2 perjuangan kita dalam mana kita mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

2 comments:

  1. begitu sedih ngan fenomena orang melayu kita.. sanggup menderhaka kepada sultan, tidak mahu bersatu kerana fahaman politik yang berbeza, apakah mereka tidak sedar sebaik sahaja diwarwarkan ingin diadakan musyawarah sudah ada parti gabungan mereka yang terang² tidak mahukan ianya berlaku.. melayu masih juga membisu dan membutakan mata demi mengejar kuasa sanggup pemimpin kesayangan mereka menjual melayu..

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang tajuk artikel ini...!

    Salam perjuangan

    ReplyDelete