Wednesday, May 6, 2009

KELANTANGAN & KETERBUKAAN NIK ABDUH BAKAL MENGUNDANG GERHANA BULAN TERANG DALAM PAS

Fenomena gerhana bulan terang jarang2 berlaku dalam PAS namun bila mana gejala ini berlaku impaknya cukup besar, cukup panas dan cukup bahang.
Nik Abduh maju setapak sebelum musuh2 dalam selimut datang menyerang – Pendedahan Nik Abduh secara terbuka telah menyebabkan namanya menjadi bualan & siulan baik didalam parti mahupun mereka yang diluar parti. Hebat & luar biasa sungguh pemuda ini walaupun bertubuh agak kecil kelantangan, keterbukaan & keberaniannya telah menyebabkan musuh2 dalam selimutnya terkedu dan terkucil. Deadly counter attacking yang beliau lakukan telah membuka mata ramai pihak & seterusnya mengundang gerhana bulan terang dalam PAS.
Kelantangan & keterbukaan Nik Abduh menjadi pemangkin ulama2 muda dalam PAS melakukan Deadly counter attacking – Walaupun umumnya dewan pemuda PAS pusat dikatakan agak extreme dalam melontarkan kritikan terhadap kepimpinan tertinggi parti namun approach yang telah dilakukan oleh Nik Abduh dilihat telah menjadi platform ulama2 muda dalam PAS melawan arus “yes man approach” seperti apa yang dilakukan oleh dewan pemuda PAS Pulau Pinang.
Semangat jitu & mantap Nik Abduh berlandaskan sifat berani kerana benar – Demi menegakkan keadilan dan memperkasakan amalan amal makruf nahi mungkar Nik Abduh sedikit pun tidak gentar & khuatir walaupun terpaksa berhadapan dengan sesi soal jawab dengan majlis syura PAS yang memakan masa beberapa jam. Credibility beliau sebagai seorang pemimpin ulama muda dalam PAS yang begitu yakin dan very firm with his action plan & way forward dalam memposisikan PAS kejalan yang dikehendaki oleh Allah swt amat dikagumi oleh teman mahupun lawan. Bagi Nik Abduh sesungguhnya setiap perkara yang baik itu datangnya dari Allah swt dan tiada apa pun yang perlu ditakuti jika setiap inci langkah yang dihayunkan berpaksikan sifat berani kerana benar dalam berjihad kejalan Allah.
Kelantangan & keterbukaan Nik Abduh memberikan gambaran kewujudan budak2 tingkat 4 dalam PAS – Walaupun coretan Nik Abduh agak sinis & pedas bila mana beliau dengan kerasnya menyatakan kerja2 bodoh yang berlaku dalam PAS, bagaimana penasihat2 dan pembantu2 mursyidul am PAS Tok Guru Nik Aziz telah memberikan gambaran yang salah & terpesong mengenai agenda sebenar disebalik proses penggabungan dan kerajaan campuran PAS & UMNO dan yang paling meletupkan bila mana dakwaan beliau ada usaha2 untuk melagakan dan mencalarkan hubungan yang akrab diantara mursyidul am PAS Tok Guru Nik Aziz dengan presiden parti Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dari sudut pemerhati politik apabila kita perincikan dan membuat reverse analysis terjadinya perkara ini telah menyerlahkan lagi dan memberikan gambaran rupa2 nya wujud juga elemen & sentimen budak2 tingkat 4 dalam parti PAS ini sebagaimana wujudnya budak2 tingkat 4 dalam UMNO dizaman era Pak Lah. The main differences hanyalah apa jua perkara yang berlaku dalam UMNO ianya terlalu extreme dipolitikan namun bila mana perkara2 ini kena pada batang hidung mereka sendiri mereka cuba untuk mengalihkan pandangan & cuba2 untuk cover the line. The basic fundamental yang PAS kena ingat jangan terlalu taksub dan sesuka hati membalun UMNO kerana bila dah kena pada batang hidung mereka sendiri terpaksa pula mereka panggil raja lawak untuk bagi tagline “Lu Fikir La Sendiri”

No comments:

Post a Comment