Wednesday, May 6, 2009

KUMPULAN ULAMA PRO PAK SHEIKH ANWAR SEMAKIN SESAK NAFAS & BAKAL DITALKINKAN

Panas, panas, panas, boleh dikatakan akan sampai tahap melecur beb. Itulah gambaran yang akan berlaku kalau kita perincikan laporan2 akhbar2 arus perdana begitu juga dengan suara2 sumbang yang membicarakan & memperkatakan tentang kedudukan kumpulan ulama2 PAS yang pro brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) yang dilihat semakin blur, sesak nafas dan bakal ditalkinkan.
Statement maut diatas diperkuatkan lagi dengan kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertikaikan segelintir ahli2 ulama PAS yang lebih sudu dari kuah dalam membalun dan menyalahkan presiden parti mereka sendiri Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam isu proses penggabungan & kerajaan campuran yang melibatkan PAS dan UMNO.
Menurut Datuk Takiyuddin Hassan semasa perbincangan pemimpin tertinggi pakatan rakyat mengenai isu proses penggabungan & kerajaan campuran yang melibatkan PAS dan UMNO berlangsung brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) adalah antara tokoh penting yang terlibat secara langsung dalam perbincangan itu.
Yang menghairankan dan menjadi tanda tanya menurut Datuk Takiyuddin Hassan lagi mengapa hanya Tuan Guru Haji Hadi Awang sahaja yang dikritik, dikecam, dibalun dan disalahkan namun brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) tidak sekecil kuman pun diherdik atau disentuh seolah-olah beliau adalah pemimpin yang terlalu tinggi mukjizatnya sehingga percaturan & credibility beliau tidak sesekali dipersoalkan.
Kenyataan media secara terbuka yang dilakukan oleh Datuk Takiyuddin Hassan ini telah menambah derita kedudukan kumpulan ulama2 PAS yang pro brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) yang dilihat masih terkapai-kapai & terkedu-kedu menyusun langkah setelah dibalun dengan lantang dan keras oleh Nik Abduh tempoh hari. Belum pun sempat mereka menyusun kekuda pergerakan tamparan dan tempias serangan mata pena daripada Datuk Takiyuddin Hassan secara automatiknya & confirm akan menjadikan kumpulan ulama2 PAS yang pro brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ini sesak nafas dan sedikit hari lagi hanya menunggu masa & ketika mereka bakal ditalkinkan.
Ramai pemerhati & penganalisis politik percaya & penuh yakin kedudukan kumpulan ulama2 PAS yang pro brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ini akan terus digugat, dihentam, dibalun dan diherdik kerana percaturan & setting belakang tabir mereka telah diletupkan & didedahkan terlebih awal yang memberikan maximum impact sehingga boleh menyebabkan terlondehnya seluar mereka. Terjadinya perkara ini secara automatiknya telah membuka dan memberi ruang kepada golongan ulama konservatif & muzakarah menyusun, mengemaskini dan memantapkan saf2 kepimpinan mereka yang pada akhirnya akan menyaksikan tumbang dan berkuburnya kumpulan ulama2 PAS yang pro brother Anwar Bin Ibrahim (BABI). Pengajaran cepu emas yang boleh diterjemahkan disini ialah jika percaturan belum cukup mantap jangan bermimpi untuk membalun saf kepimpinan golongan ulama konservatif & muzakarah seperti bak kata orang2 otai “Jangan Diuji Racun Berbisa Nanti Buruk Padahnya”

2 comments:

  1. DAP bijak pakai cawat besi, PAS blur pakai sarung tak pakai tiub. Dorg tak tahu Anwar dok usha dari belakang :*

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...

    satu kupasan yang menyegat....

    ReplyDelete